X
Rabu, 12 Februari 2020 | 4:12pm
PROTON melancarkan SUV pemasangan tempatan (CKD), Proton X70 ke pasaran domestik. - Foto BERNAMA
PROTON melancarkan SUV pemasangan tempatan (CKD), Proton X70 ke pasaran domestik. - Foto BERNAMA
Proton X70 Model CKD lebih menarik. - Foto BERNAMA

X70 CKD dilancar, harga bermula RM94,800

SUBANG JAYA: PROTON melancarkan SUV pemasangan tempatan (CKD), Proton X70 ke pasaran domestik.

Model baharu menyaksikan dengan penurunan harga antara RM1,000 hingga RM5,000 mengikut varian.

Proton X70 ditawarkan dengan empat varian iaitu Standard 2WD yang ditawarkan pada harga atas jalan tanpa insurans RM94,800, manakala varian Executive 2WD (RM106,800), Premium 2WD (RM119,800) dan Premium X 2WD (RM122,800).

Proton X70 Model CKD menampilkan rekabbentuk tombol gear baharu yang lebih menarik. - Foto BERNAMA
Proton X70 Model CKD menampilkan rekabbentuk tombol gear baharu yang lebih menarik. - Foto BERNAMA

Selain itu, model SUV dengan penarafan kenderaan cekap tenaga (EEV) dan ASEAN NCAP ini hadir dengan jaminan lima tahun perbatuan tanpa had, pakej data lima tahun berkapasiti 1-gigabait (GB) sebulan dan lima kali caj servis buruh percuma.

Model SUV paling laris pengeluar kereta nasional itu dihasilkan di kilang milik PROTON di Tanjung Malim.

Proton X70 dilancarkan oleh Pengerusi DRB-Hicom, Datuk Mohammad Zainal Shaari dan Pengerusi PROTON, Datuk Seri Syed Faisal Albar.Yang turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif PROTON, Dr Li Chunrong.

Proton X70 Model CKD menawarkan ciri baharu pengudaraan dibahagian tempat duduk pemandu dan penumpang depan. - Foto BERNAMA
Proton X70 Model CKD menawarkan ciri baharu pengudaraan dibahagian tempat duduk pemandu dan penumpang depan. - Foto BERNAMA

Antara kelainan yang ditampilkan menerusi model CKD, Proton X70 adalah penggunaan baru logo baharu Proton dan enjin 1.8 TGDi dengan transmisi baru iaitu Transmisi Klac Berkembar (DCT) 7-kelajuan dengan mod manual.

Proton X70 ditawarkan dengan warna ‘Snow White’, ‘Armour Silver’, ‘Jet Grey’, Ruby Red’, ‘ Cinnamon Brown’ dan ‘Space Grey’.

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X