Jumaat, 28 Februari 2020 | 9:34pm
Pengarah Pemasaran UMW Toyota Motor (UMWT), Mohd Shamsor Mohd Zain, Timbalan Pengerusi UMWT, Akio Takeyama, Pengerusi UMWT, Tan Sri Datuk Sri Hamad Kama Piah dan Presiden UMWT, K Ravindran.
Pengarah Pemasaran UMW Toyota Motor (UMWT), Mohd Shamsor Mohd Zain, Timbalan Pengerusi UMWT, Akio Takeyama, Pengerusi UMWT, Tan Sri Datuk Sri Hamad Kama Piah dan Presiden UMWT, K Ravindran.

Harga kereta Toyota tak naik - UMW Toyota

KUALA LUMPUR: UMW Toyota Motor (UMWT) tidak bercadang menaikkan harga model Toyota pemasangan tempatan (CKD) buat masa ini, kata Presidennya, Ravindran K.

Beliau berkata, Kementerian Kewangan sudah memberi jaminan jika mana-mana model CKD terjejas akibat peningkatan harga berikutan kaedah yang telus dalam pelaporan Nilai Pasaran Terbuka, peningkatan itu akan diserap atau dikecualikan sepenuhnya oleh kementerian pada 2020.

“Faktor seperti kadar pertukaran dan semakan cukai boleh menjejaskan harga tetapi setakat yang mampu, syarikat kami sentiasa cuba mengekalkan kestabilan harga dengan menyerap peningkatan sebanyak yang kami boleh,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Model CKD UMWT sekarang ini terdiri daripada Toyota Yaris, Toyota Vios, Toyota Rush, Toyota Hilux, Toyota Fortuner, Toyota Inova dan Toyota Hiace.

Maklumat mengenai harga pelbagai model pengeluar kereta itu boleh didapati melalui toyota.com.my atau mana-mana wakil jualan bertauliah dan cawangan UMWT di seluruh negara. – Bernama

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X