Selasa, 31 March 2020 | 7:25pm
Lexus UX 200 serba baharu, model mewah paling mampu milik.
Lexus UX 200 serba baharu, model mewah paling mampu milik.

Keunggulan teknologi Lexus UX 200

Ketibaan model Lexus UX 200 serba baharu ke pasaran Malaysia menandakan langkah ke hadapan yang lebih meyakinkan bagi segmen kenderaan utiliti sukan (SUV) kompak di negara ini.

Ia menjadi antara model baru yang paling dinantikan daripada Lexus Malaysia tahun ini, sekali gus menjadi model yang akan mengubah tanggapan umum terhadap segmen berkenaan.

SUV kompak pertama Lexus ini direka dan dibangunkan dari awal dengan matlamat untuk menggabungkan kepelbagaian penggunaan sebuah SUV dengan penggayaan yang lebih cenderung kepada sebuah hatchback.

Direka untuk membawa pemandu ke tahap baru yang lebih tinggi dalam kembara Lexus, UX 200 serba baharu menjadi sebuah model SUV yang paling memikat dalam pasaran ketika ini.

Dalam kalangan model Lexus, UX 200 mempamerkan hala tuju rekaannya yang berbeza, termasuk pada suis audio yang diletakkan secara pintar pada bahagian bawah perehat tapak tangan, dengan kemasan diilhamkan oleh kertas washi pada sebahagian rekaan dan soket aksesori pop-up.

Pengenalan sulung bagi beberapa perkara yang ditampilkan pada Lexus UX 200 ini mencadangkan bahawa ia direka untuk menggubah tanggapan berbanding sekadar menjadi model yang meminjam imej serta penawaran daripada model-model Lexus sedia ada.

Lengkap trenkuasa baharu dan sistem keselamatan termaju.
Lengkap trenkuasa baharu dan sistem keselamatan termaju.

Misalnya di ruang dalam, pencahayaan corong yang ditampilkan adalah yang pertama di dunia, menerangi corong pendingin hawa dengan menggunakan getaran elektromagnetik.

Gabungan lampu belakang juga sangat unik, mempertemukan fungsi dan estetika yang bermakna.

Diilhamkan daripada spoiler belakang jentera lumba, lampu bilah penstabil aero LED yang digunakan bertindak sebagai spoiler aerodinamik di samping memberikan perwatakan imej yang berbeza kepada Lexus UX 200.

Didatangkan dengan enjin petrol baru 2.0 liter dikenali M20A-FKS 4-silinder sebaris 16-injap yang dibangunkan khusus untuknya serta transmisi Direct-Shift CVT, ia menjadi antara ciri yang pertama kali ditampilkan pada kenderaan Lexus.

Dengan rangkaian kuasa yang dimiliki, Lexus UX 200 mampu menghambur 169 kuasa kuda (hp) pada 6,600 rpm tork 205 Nm pada 4,800 rpm.

Model Crossover kompak ini mampu memecut dalam kedudukan pegun ke 100 kilometer sejam (km/j) dalam masa 9.2 saat, manakala penggunaan bahan api adalah 6.2 liter bagi setiap 100 kilometer (km).

Lexus UX 200 adalah sebuah produk yang sarat dengan teknologi dan kehalusan buatan serta kejuruteraan kreatif.

Penggayaan dan penampilan sporty ditambah pula dengan sifatnya yang sangat ekspresif menjadi ia begitu menonjol.

UX 200 ini menggunakan platform Global Architecture-C terkini, yang menawarkan maklum balas pemanduan dengan dinamik yang terbaik dan menjadikan pengalaman memandu sesuatu yang sangat menyenangkan.

Sebagai tambahan, Lexus UX 200 juga dilengkapi dengan Lexus Safety System + (LSS+), sistem keselamatan bersepadu yang berfungsi secara serentak antara satu dengan yang lain untuk menjadikan pemanduan lebih selamat.

Sistem ini memanfaatkan beberapa sensor, kamera dan sistem canggih lain untuk membantu menghindarkan perlanggaran melalui amaran serta tindakan semi-autonomi.

Terkandung di dalam pakej keselamatan maju tersebut antaranya ialah ciri seperti Sistem Pra-Perlanggaran (PCS), Kawalan Melayar Dinamik Radar (DRCC) dengan fungsi Stop & Go dan Bantuan Pengesan Lorong (LTA) serta Sistem Lampu Tinggi Adaptif (AHS).

Lexus Malaysia membawa masuk tiga versi Lexus UX 200 serba baharu iaitu UX

Urban, UX Luxury dan UX F-Sport yang ditawarkan pada harga bermula RM243,888 dan didatangkan dengan jaminan lima tahun menyeluruh tanpa had perbatuan.

Berita Harian X