Ahad, 5 April 2020 | 8:41pm
Ducati Streetfighter V4 lebih pantas dan berkuasa.
Ducati Streetfighter V4 lebih pantas dan berkuasa.

Kuasa menjangkaui batas

Penantian untuk melihat model Ducati Streetfighter V4 akhirnya berakhir selepas model yang paling dinanti-nantikan peminat dua roda berkuasa tinggi itu dilancarkan secara rasmi.

Streetfighter V4 diperkenalkan dalam dua versi iaitu standard dan S yang masing-masing ditawarkan pada harga 19,990 euro (RM95,012) dan 22,990 euro (RM109,271) di Itali.

Ducati Streetfighter V4 lebih pantas dan berkuasa.
Ducati Streetfighter V4 lebih pantas dan berkuasa.

Model berkuasa tinggi ini tampil dengan enjin empat silinder V Stradale berkapasiti 1,103 cc yang mampu menghasilkan 208 kuasa kuda (hp) pada 12,500 rpm dan tork 123 Nm pada 11,500 rpm.

Kedua-dua enjin dan kerangka monocoque pada model naked ini diambil terus daripada Panigale V4, cuma Streetfighter V4 tidak mempunyai banyak panel badan, selain mempunyai pemegang yang lebih tinggi.

Perbezaan utama antara dua versi ini adalah suspensi, di mana Streetfighter V4 standard menggunakan fork Showa BPF di hadapan dan monoshock Sachs di belakang, manakala versi S pula hadir dengan unit Ohlins larasan elektronik depan dan belakang serta rim Marchesini.

Prestasi model naked ini melampaui pesaing terdekatnya.
Prestasi model naked ini melampaui pesaing terdekatnya.

Dengan berat kering 178 kilogram (kg), Streetfighter V4 mencatat nisbah kuasa kepada berat 1.17 hp/kg, dan 25 peratus lebih berkuasa berbanding pesaing terdekatnya.

Lebih kuasa

Jumlah kuasa yang hadir dalam model Streetfighter V4 dapat ditingkatkan lagi apabila menggunakan ekzos Akrapovic titanium, dengan peningkatan kepada 216 hp.

Talaan kuasa Streetfighter V4 ini berbeza berbanding Panigale V4 kerana ia mampu menghasilkan 14 peratus lebih tork pada kelajuan 100 kilometer sejam (km/j).

Jika dibandingkan dengan Streetfighter 1098 sebelumnya, model V4 ini mencatat 31 peratus lebih tork pada kelajuan 100 km/j.

Mengenai sistem brek, Streetfighter V4 menggunakan kaliper Brembo, dengan unit angkup Stylema M4.30 Monobloc serta cakera 330 mm di hadapan dan angkup dua piston serta cakera 245 mm di belakang, selain hadir dengan ABS Cornering EVO.

Ducati Streetfighter V4 berkuasa.
Ducati Streetfighter V4 berkuasa.

Sistem elektronik penuh turut ditampilkan oleh Streetfighter V4 termasuk Evo 2 Traction Control, Wheelie Control, Slide Control, Engine Braking Control, Power Launch dan quickshifter untuk turun dan naik gear.

Berita Harian X