Ahad, 5 April 2020 | 8:51pm
Hyundai Prophecy ketengahkan evolusi gaya yang futuristik dan agresif.
Hyundai Prophecy ketengahkan evolusi gaya yang futuristik dan agresif.

Kereta konsep elektrik Hyundai Prophecy

Hyundai Motor Company (Hyundai) memperkenalkan kereta konsep elektrik (EV) baharu dikenali Prophecy. Tidak hanya namanya unik, Prophecy dianggap sebagai projek yang mengetengahkan ekspresi rekaan “Sensuous Sportiness” terbaru Hyundai.

Prophecy turut mencerminkan masa depan cerah.
Prophecy turut mencerminkan masa depan cerah.

Menurut Hyundai, nama itu menggambarkan tujuan kereta konsep itu dibangunkan, iaitu untuk menyatakan hala tuju rekaan serta membina nama sebagai ikon rekaan bagi barisan kenderaan EV.

Prophecy tidak mengikut trend tetapi menyerlahkan kecantikan yang tidak lapuk dek zaman dan ternyata sangat agresif.

Model konsep ini menggunakan garis-garis beralun yang lebih lembut sementara bahagian belakang mempunyai lampu LED moden dan spoiler bersepadu.

Rekaan mesra pengguna.
Rekaan mesra pengguna.

Kabin ikut gaya hidup

Dari segi dalaman, Prophecy menekankan kelebihan platform EV meskioun masih mengekalkan gaya automotif konvensional.

Namun, kelebihan yang ditampilkan adalah ruang gaya hidup yang dipertingkatkan dan sarat dengan teknologi pemanduan autonomi.

Tanpa stering tetapi hadir dengan dua alat kawalan tangan atau “joystick” memberikan kelainan dari segi kawalan dan pengalaman pemanduan.

Rekaan mesra pengguna dan bahan yang digunakan adalah berasaskan visi syarikat untuk masa depan EV.
Rekaan mesra pengguna dan bahan yang digunakan adalah berasaskan visi syarikat untuk masa depan EV.

Selain itu, pemandu juga mendapat akses ke atas pelbagai fungsi yang diintegrasikan pada alat kawalan tangan sekali gus melengkap fungsi sofistikated ciri keselamatan termaju.

Dengan Prophecy, Hyundai mewujudkan rekaan mesra pengguna dan bahan yang digunakan adalah berasaskan visi syarikat untuk masa depan EV.

Nama Prophecy turut mencerminkan masa depan cerah bagi rekaan Hyundai termasuk menjadi penyelesaian mobiliti inovatif bagi EV.

Berita Harian X