Ahad, 5 April 2020 | 9:23pm
Bahasa reka bentuk Benelli TNT135SE cukup mempersona dan penuh dengan kejutan.
Bahasa reka bentuk Benelli TNT135SE cukup mempersona dan penuh dengan kejutan.

Warna baharu Benelli TNT135SE

Mforce Bike Holdings memperkenalkan warna terbaru bagi model Benelli TNT135SE yang menjengah pasaran tempatan.

Warna Hijau (Striking Green) menjadi pilihan terbaharu yang hadir dengan dua variasi berbeza tampak lebih menarik dan bergaya.

Reka bentuk Benelli TNT135SE menarik.
Reka bentuk Benelli TNT135SE menarik.

Seperti yang diketahui Benelli TNT135SE ini adalah motosikal yang mempunyai reka bentuk yang cukup menarik yang hadir dengan saiz kecil tetapi memiliki ciri seperti motosikal bersaiz besar.

Mempunyai ketinggian 1,025mm dan panjang 1,750mm menjadikan motosikal ini tidak dilihat kecil dan setanding dengan motosikal kapcai yang lain.

Reka bentuk Benelli TNT135SE menarik.
Reka bentuk Benelli TNT135SE menarik.

Model yang dilengkapi dengan jentera empat lejang berkapasiti 135cc ini turut dikuasakan oleh enjin suntikan bahan bakar yang mematuhi piawaian emisi EURO 4.

Kuasa setimpal saiz

Dengan kuasa enjin ini, Benelli TNT135SE mampu menghasilkan 13 kuasa kuda (hp) pada 9,000 rpm.

Selain dari itu, Benelli TNT135 ini mengekalkan tangki 7.2 liter dan antara motosikal yang mempunyai tangki minyak yang besar berbanding motosikal kapcai.

Reka bentuk Benelli TNT135SE menarik.
Reka bentuk Benelli TNT135SE menarik.

Saiz dan reka bentuk yang aerodinamik yang menawarkan tunggangan mudah turut hadir dengan penyerap hentakan terbalik bersaiz 41mm yang turut digunakan oleh model motosikal berkapasiti besar jenama Benelli.

Bakal pemilik Benelli TNT135 bertuah kerana motosikal ini tampil dengan butang dan panel meter yang lengkap seperti motosikal berkuasa tinggi dan lampu LED di bahagian hadapan yang cukup terang.

Versi baharu ini kini dilengkapi sistem brek cakera bersaiz 220mm bersama angkup dua piston di hadapan dan 190mm bersama angkup satu omboh di bahagian belakang untuk meningkatkan ciri keselamatan ketika menunggang diatas jalan raya.

Info:

Benelli TNT135SE

* Hadir dengan dua edisi iaitu edisi biasa dan edisi khas

* Harga edisi biasa bermula RM8,190

* Harga Edisi Khas bersama aksesori bermula RM10,088

Berita Harian X