Ahad, 12 April 2020 | 1:36pm
Ford Ranger Raptor baharu, lengkap dengan ciri keselamatan pintar.
Ford Ranger Raptor baharu, lengkap dengan ciri keselamatan pintar.

Ford Ranger Raptor, trak paling selamat

Pemilihan trak pikap untuk kegunaan off-road atau jalan biasa penting kerana semua jenama memiliki kelebihan dan kekurangan.

Namun, Ford sebagai jenama terunggul di Amerika Syarikat (AS) pastinya menawarkan jentera yang memenuhi keperluan kegunaan tanpa meminggirkan keperluan keselamatan yang ‘up-to-date’.

Selaras dengan keperluan semasa, Sime Darby Auto ConneXion (SDAC), pengedar tunggal jenama Ford di Malaysia, hari ini melancarkan Ford Ranger Raptor baharu yang hadir dengan penambahanbaikan ciri keselamatan.

Ford Ranger Raptor baharu, lengkap dengan ciri keselamatan pintar.
Ford Ranger Raptor baharu, lengkap dengan ciri keselamatan pintar.

Ford Ranger Raptor yang baharu ini kekal sebagai pikap premium unggul dan kini dilengkapi dengan ciri bantuan pemanduan pintar termasuk Brek Kecemasan Berautonomi dengan Pengesan Kenderaan dan Pejalan Kaki.

Fungsi ini direka untuk mengesan pejalan kaki dan juga kenderaan di hadapan trak seterusnya mengeluarkan bunyi amaran kepada pemandu.

Lebih menarik, sekiranya pemandu gagal untuk bertindak balas, sistem berkenaan secara automatik akan membrek bagi membantu mengurangkan kebarangkalian berlakunya hentaman belakang dan kemalangan jalan raya pejalan kaki.

Tork puncak tinggi

Selain itu, ciri keselamatan lain yang ditawarkan varian baharu ini adalah Amaran Rempuhan Hadapan, yang mengesan kemungkinan perlanggaran hadapan dengan mengaktifkan bunyi amaran kepada pemandu.

Sistem berkenaan juga pra-caj secara automatik dan meningkatkan sensitiviti bantuan brek untuk memberikan tindak balas menyeluruh apabila pemandu membrek.

Dalam masa sama, Amaran dan Bantuan Keluar Lorong yang ditampilkan menerusi Ford Range Raptor juga menyebabkan getaran pada stereng untuk menyedarkan pemandu apabila mereka terkeluar dari lorong mereka secara tidak sengaja, manakala Bantuan Kekal Lorong membantu pemandu kembali ke lorong asal sekiranya pemandu tidak memberi tindak balas.

Trak berkuasa dengan ciri sebuah sedan moden, termaju.
Trak berkuasa dengan ciri sebuah sedan moden, termaju.

Penambahbaikan pada Ford Ranger Raptor baharu termasuk port pengecas USB tambahan pada cermin pandang belakang dan lampu hadapan LED untuk penglihatan lebih jelas untuk pemanduan waktu malam.

DNA prestasi Ford yang disuntik kepada model Ranger ‘Built Ford Tough’, Raptor melangkaui jangkaan, meletakkan tanda aras baharu sebagai satu-satunya trak berprestasi yang laju di laluan lasak.

Ford Ranger Raptor dengan enjin diesel 2.0L Bi-Turbo yang berkuasa dipadankan dengan transmisi 10-kelajuan automatik.

Dengan jentera yang dimiliki, ia mampu menghambur kuasa 213 PS dan tork puncak 500Nm.

Melengkapkan ciri sempurnanya adalah ciri redahan air sedalam 850 milimeter (mm), serta perendam hentak FOX Racing Shox dan Sistem Kendalian Permukaan (Terrain Management System) dengan enam mod termasuk Mod Baja untuk memberi prestasi tinggi.

Ford Ranger Raptor juga dikalibrasi untuk melepasi had keupayaan dalam teknologi, inovasi dan kepuasan pemanduan.

Info:

- Ford Ranger Raptor dijual pada harga atas jalan tanpa insurans bermula RM208,888.

- Empat warna pilihan: Ford Performance Blue, Conquer Grey, Absolute Black

dan Arctic White.

Berita Harian X