Isnin, 4 Mei 2020 | 11:03pm

PROTON dapat kelulusan beroperasi semula esok

KUALA LUMPUR: PROTON Holdings Bhd (PROTON) akan memulakan semula operasi esok, selepas menerima kelulusan sepenuhnya dari pihak berkuasa.

Dalam satu kenyataan, pengeluar kereta nasional itu berkata, kelulusan itu membabitkan semua unit perniagaan korporat syarikat.

"Sebilangan pusat jualan dan servis juga akan dibuka pada hari yang sama, namun perlu mendapat kelulusan daripada pihak berkuasa negeri dan tempatan.

"Atas sebab ini, tidak semua rangkaian PROTON akan beroperasi serta-merta," katanya.

Senarai rangkaian yang beroperasi itu boleh diperolehi di laman web www.proton.com, manakala maklumat lanjut jualan dan selepas jualan menerusi talian khidmat pelanggan 1-800-88-8398. – BERNAMA

Berita Harian X