Khamis, 14 September 2017 | 10:44pm

PPA1M: Suncon peroleh kontrak RM581 juta

KUALA LUMPUR: Anak syarikat Sunway Construction Group Bhd (Suncon), Sunway Construction Sdn Bhd (SCSB), menandatangani kontrak pembinaan bernilai RM581.66 juta dengan Liziz Standaco Sdn Bhd bagi cadangan Projek Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M).

Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia hari ini, Suncon memaklumkan projek itu membabitkan pembinaan dan penyiapan enam blok pangsapuri PPA1M 29 tingkat di Mukim Kg Sireh, Kota Bharu, Kelantan.

Menurutnya, projek itu bagi tempoh kira-kira 30 bulan daripada tarikh pengumuman dan dijangka siap pada suku pertama 2020.

Ia dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan SunCon Group bermula tahun kewangan berakhir 31 Disember 2018.

Menurut SunCo, perolehan projek berkenaan menjadikan kontrak dalam tangan berjumlah RM4.7 bilion. - BERNAMA

358 dibaca
Berita Harian X