Selasa, 9 April 2019 | 2:31pm
PENGARAH Urusan Kumpulan LBS, Tan Sri Lim Hock San. - Foto NSTP
PENGARAH Urusan Kumpulan LBS, Tan Sri Lim Hock San. - Foto NSTP

LBS lancar [email protected] GDV RM7 bilion

DENGKIL: LBS Bina Group Bhd (LBS) melancarkan pembangunan perbandaran baharu, [email protected] dengan nilai pembangunan kasar (GDV) keseluruhannya berjumlah RM7 bilion.

Projek berkenaan yang dibangunkan di Cybersouth Dengkil membabitkan kawasan seluas 256.17 hektar di tanah rizab Melayu.

Pengarah Urusan Kumpulan LBS, Tan Sri Lim Hock San, berkata projek perbandaran [email protected] membabitkan pembangunan yang dijalankan secara berperingkat untuk tempoh lapan hingga 10 tahun.

Beliau berkata, [email protected] merangkumi tiga projek iaitu Kita Bayu, Kita Harmoni dan Kita Impian yang mana fasa pertama dan kedua bagi Kita Bayu yang terdiri daripada 1,077 unit rumah teres dua tingkat dan rumah bandar menunjukkan penjualan sangat positif ketika pelancaran awal pada November tahun lalu.

"Kejayaan fasa awal itu mendorong kepada pelancaran fasa seterusnya iaitu Kita Harmoni yang merangkumi 674 unit rumah teres dua tingkat berukuran 20 kaki persegi x 65 kaki persegi, pada harga bermula RM560,000.

"Kita Harmoni akan dilancarkan pada bulan ini dan dijangka menerima sambutan hangat dari pasaran," katanya pada sidang media sempena memperkenalkan perbandaran baharu, [email protected], di sini, hari ini.

Hock San berkata, bagi fasa pembangunan seterusnya, Kita Impian, LBS menawarkan 964 unit pangsapuri servis berharga bermula pada RM250,000 dan tujuh unit kedai.

Beliau berkata, Kita Impian dijangka dilancarkan pada bulan depan.

“LBS percaya strategi penawaran aktif lebih banyak bagi produk berkualiti dan memenuhi permintaan pasaran akan menyumbang kepada momentum pertumbuhan untuk mencapai hasil penjualan sasaran syarikat sebanyak RM1.5 bilion pada 2019,” katanya.

[email protected] bertemakan kemudahan gaya hidup yang mampu memenuhi keperluan keluarga moden dan kehidupan masyarakat.

Pembangunan itu terdiri daripada rumah teres, rumah bandar, pangsapuri perkhidmatan, kedai serta unit komersial.

Ia dibina berdasarkan kemampuan milikan, perhubungan dan komuniti, serta mampu memenuhi permintaan pembeli rumah moden yang semakin meningkat bagi rumah berkualiti dan mampu dimiliki.

[email protected] mudah diakses melalui lebuh raya utama seperti Lebuhraya Putrajaya-Cyberjaya melalui Elite, Lebuhraya Maju Expressway (MEX), Lebuhraya Selatan Lembah Klang (SKVE), Lebuhraya Utara-Selatan (NKVE), Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) dan Jalan Dengkil-Banting.

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X