Jumaat, 31 Mei 2019 | 3:55pm
KUALA LUMPUR 29 MEI 2019. Artist impression of Sunway Avila. NSTP/EMAIL
KUALA LUMPUR 29 MEI 2019. Artist impression of Sunway Avila. NSTP/EMAIL
KUALA LUMPUR 29 MEI 2019. Sunway Avila’s sales gallery was packed with eager purchasers at the private event last weekend. NSTP/EMAIL
KUALA LUMPUR 29 MEI 2019. Sunway Avila’s sales gallery was packed with eager purchasers at the private event last weekend. NSTP/EMAIL

Sunway Avila rekod 80 peratus kadar pengambilan

KUALA LUMPUR: Sunway Property, pemaju utama komuniti merekodkan pengambilan memberangsangkan bagi menara pertama projek bersepadu dan pegangan bebas pembangunan Sunway Avila di Wangsa Maju.

Projek membabitkan kos pembangunan RM590 juta itu merangkumi 810 unit kediaman dengan 30 rangkaian kedai runcit yang berdekatan dengan kemudahan stesen LRT Sri Rampai.

Pengarah Eksekutif Bahagian Pembangunan Hartanah Wilayah Tengah, Chong Sau Min, berkata Sunway Avila adalah projek pertama Sunway Property di Wangsa Maju.

“Pembangunan bersepadu itu bakal menawarkan susun atur lebih praktikal mengikut kesesuaian serta keperluan keluarga pada masa ini, selain akan menjadi pilihan terbaik kepada golongan pekerja yang berulang alik dari Pusat Bandar Kuala Lumpur menggunakan kemudahan perkhidmatan Aliran Transit Ringan (LRT).

“Ia lokasi strategik iaitu kira-kira 6.5 kilometer dari pusat bandar Kuala Lumpur, selain berdekatan dengan stesen LRT Sri Rampai dilengkapi dengan kemudahan laluan pejalan kaki berbumbung yang turut menempatkan pembangunan enam stesen dari KLCC,” katanya dalam satu kenyataan.

Projek Sunway Avila yang dilancarkan pada 25 Mei lalu mencatatkan kadar pengambilan 80 peratus dan ia dijangka siap pada 2023.

Sau Min berkata, pihaknya optimis sambutan hangat yang diterima menerusi pelancaran Sunway Avila adalah disokong oleh pelancaran produk yang betul, tempat yang strategik dan pada harga terbaik.

“Sunway Avila direka mengikut keperluan sebuah rumah keluarga yang memiliki pelbagai kemudahan dan memenuhi gaya hidup di bandar, selain menawarkan persekitaran menyenangkan.

“Antara kemudahan yang ditawarkan seperti kolam renang cabana, dek yoga ‘outdoor’, gelanggang bola keranjang dan kolam renang infiniti,” katanya.

Persekitaran Sunway Avila turut dikelilingi dengan kemudahan lain termasuk rangkaian pasar raya utama seperti Wangsa Walk Mall, AEON Big Wangsa Maju, Setapak Central Mall, AEON Alpha Angle dan Melawati Mall selain empat institusi pendidikan termasuk Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Sri Rampai, Kolej Tunku Abdul Rahman (TAR) dan Sekolah Antarabangsa Sri Utama.

Sepanjang tempoh promosi awal, setiap unit residen Sunway Avila ditawarkan pada harga bermula RM439,000.

Unit yang ditawarkan didatangkan dengan reka bentuk yang praktikal dan selesa dengan keluasan bermula dari 732 kaki persegi hingga 1,227 kaki persegi dengan dua hingga empat bilik tidur.

Yuran penyelenggaraan bagi kemudahan yang disediakan adalah mampu milik pada 30 sen setiap kaki persegi.

Berita Harian X