Rabu, 21 Ogos 2019 | 9:32pm
SUNWAY Citrine Lakehome.
SUNWAY Citrine Lakehome.

Sunway Citrine Lakehomes dapat sambutan hangat

KUALA LUMPUR: Sunway Citrine Lakehomes, projek terbaru di perbandaran Sunway Iskandar menerima sambutan menggalakkan apabila 277 unit kediaman bertanah itu habis dijual.

Dengan nilai pembangunan kasar (GDV) RM349 juta, Sunway Citrine Lakehomes yang berkeluasan 9.9 hektar dibangunkan di Sunway Iskandar terdiri daripada rumah teres dua tingkat, rumah kluster dua tingkat dan townhouse tiga tingkat.

Mengulas mengenai kejayaan itu, Ketua Pegawai Eksekutif Sunway Iskandar, Gerard Soosay, berkata pihaknya teruja untuk menerima pelanggan pertama yang tiba di galeri itu pada jam 12 tengah malam dengan pengunjung mula bersesak pada jam 6 pagi dan seterusnya.

“Ada yang sanggup beratur dari tengah malam dan ada yang datang dari Perak untuk membeli unit di sini.

“Untuk projek rumah teres, kami menerima maklum balas positif daripada pembeli yang mana mereka tertarik dengan rekaan yang moden, saiz tanah yang lebih besar dan dapur yang luas serta taman halaman belakang.

“Unit ini dilengkapi dengan empat bilik tidur dan empat bilik mandi, serta ruang yang luas untuk keluarga berkembang,” katanya.

Sebagai tambahan kepada lokasi strategik dan susun atur yang selesa dan luas, pembeli Sunway Citrine Lakehomes juga berpeluang menyertai kempen Wilayah Selatan Sunway dan rebat Kempen Pemilikan Rumah termasuk 10 peratus tambahan rebat dan dua peratus tambahan rebat hingga akhir tahun.

Terletak di atas persekitaran semula jadi, komuniti berpagar Sunway Citrine Lakehomes terletak di sebelah Taman Tasik Emerald seluas lapan hektar. Bukan itu sahaja, kediaman eksklusif ini juga dilengkapi dengan pusat komuniti, gelanggang badminton, gim luar, taman permainan dan trek joging.

Terletak di antara dua pembangunan komersil, Sunway Citrine Hub dan Sunway Emerald Boulevard 88, Sunway Citrine Lakehomes hanya pada jarak masing-masing tiga minit dan 10 minit berjalan kaki dari dua pembangunan ini.

Bukan itu saja, penduduk di sini juga mempunyai akses mudah ke Sunway GRID Hub, Sunway Big Box, Sunway Hotel and Sunway XPark.

Sunway Big Box adalah pembangunan perbandaran terbaru yang akan dibuka pada Disember 2019.

Berkeluasan 500,000 kaki persegi, premis runcit itu terdiri daripada peruncitan besar dengan jenama besar yang memberikan pengalaman unik kepada pelanggan terutama dari Johor dan Singapura.

Sunway Iskandar, terletak di Medini, Iskandar, Johor adalah bandar bersepadu Sunway Group, yang merangkumi kawasan seluas 728 hektar.

Berita Harian X