Ahad, 10 November 2019 | 2:54pm
DATUK Bandar Shah Alam, Datuk Haris Kasim (kiri) bersama Pengarah i-City, Monica Ong pada majlis Sambutan Hari Perancangan Bandar Sedunia 2019 di Shah Alam.

Teknologi jadi kunci utama daya tarikan i-City

SHAH ALAM: Penggunaan teknologi di i-City dalam pembangunan dan tawaran produk adalah kunci utama untuk meluaskan pengaruhnya terhadap ekonomi Selangor.

Ia sekali gus menyumbang kepada kemakmuran ekonomi Shah Alam, khususnya ke arah wawasan Selangor menjadi negeri pintar menjelang 2025.

i-City diasaskan oleh keazaman untuk menawarkan perbandaran gaya hidup bersepadu sepenuhnya dengan suntikan teknologi canggih, yang karakternya dibentuk oleh beberapa pakatan strategik bersama beberapa syarikat utama dunia.

Landskap keseluruhannya akan menjadi mercu tanda Segi Tiga Emas Selangor dan ultrapolis seperti yang dirancang.

i-City menepati ciri-ciri yang dimiliki oleh San Francisco kepada Amerika Syarikat (AS).

Dalam pada status dan kemakmuran San Francisco mendapat manfaat daripada kehadiran gergasi industri berteknologi tinggi, penggunaan teknologi di i-City akan menjadi daya tarikan utama kepada perbandaran itu.

Berita Harian X