Jumaat, 7 Februari 2020 | 3:20pm

Kempen LBS Fabulous 2020 sedia ganjaran menarik

SHAH ALAM: Pemaju hartanah terkemuka tempatan, LBS Bina Group Bhd yakin mencapai sasaran jualan RM1.6 bilion tahun ini, disokong oleh kempen “LBS Fabulous 2020” yang menawarkan ganjaran menarik kepada pembelinya.

Pengarah Urusan Kumpulannya, Tan Sri Lim Hock San, berkata penurunan kadar faedah pinjaman juga dijangka menggalakkan pembelian hartanah pada tahun ini.

Beliau berkata, memandangkan prospek pasaran hartanah tahun ini dijangka kekal mencabar, pelancaran kempen “LBS Fabulous 2020” itu bertujuan merancakkan jualan dengan menawarkan ganjaran menarik sebanyak 550 hadiah bernilai RM1 juta.

“Dalam persekitaran pasaran yang mencabar berikutan keadaan ekonomi yang tidak menentu, sudah pasti memberi cabaran kepada pembeli rumah.

“Justeru, kami di LBS sentiasa mengambil kira kepentingan pembeli dan berusaha sedaya upaya untuk memberi tambah nilai kepada pembeli hartanah kami,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas pelancaran kempen “LBS Fabulous 2020” di sini, hari ini.

Kempen “LBS Fabulous 2020” bermula dari 1 Januari 2020 hingga 31 Disember 2020 dengan tiga sesi cabutan bertuah yang akan diadakan sepanjang tahun.

Cabutan bertuah pertama akan diadakan pada Mei 2020, cabutan kedua pada Oktober 2020 dan diikuti cabutan ketiga pada April 2021.

Hadiah utama bagi pembeli hartanah bertuah ialah Proton X70 Premium 2WD, manakala hadiah lain termasuk Proton Exora, Proton Persona, Proton Iriz, Motosikal SM Sport R110, basikal, mesin basuh, peti sejuk dan mini Hi-Fi.

Mengulas mengenai tumpuan yang perlu diberi perhatian oleh kerajaan dalam memperkenalkan pakej rangsangan bagi mengekang impak coronavirus terhadap pertumbuhan, Hock San berkata, adalah diharapkan kerajaan memperkenalkan pakej rangsangan yang dapat memanfaatkan pembeli rumah.

Antara langkah yang dicadangkan seperti pengecualian cukai dan bank melonggarkan sedikit syarat untuk mendapatkan pinjaman rumah yang dijangka akan meningkatkan belian hartanah, katanya.

Pengarah Urusan Kumpulan LBS Bina Group Bhd, Tan Sri Lim Hock San (dua dari kanan) diiringi Pengarah Eksekutif LBS Bina Group Bhd, Datuk Cynthia Lim (kiri); Pengarah Eksekutif LBS Bina Group Bhd, Datuk Joey Lim (dua dari kiri); Pengarah Eksekutif LBS Bina Group Bhd, Datuk Alan Chia (kanan) melancarkan kempen LBS Fabulous 2020 di LBS Alam Perdana, Puncak Alam. - NSTP/Faiz Anuar
Pengarah Urusan Kumpulan LBS Bina Group Bhd, Tan Sri Lim Hock San (dua dari kanan) diiringi Pengarah Eksekutif LBS Bina Group Bhd, Datuk Cynthia Lim (kiri); Pengarah Eksekutif LBS Bina Group Bhd, Datuk Joey Lim (dua dari kiri); Pengarah Eksekutif LBS Bina Group Bhd, Datuk Alan Chia (kanan) melancarkan kempen LBS Fabulous 2020 di LBS Alam Perdana, Puncak Alam. - NSTP/Faiz Anuar

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X