Isnin, 27 Julai 2020 | 3:05pm
Rimbun Impian Seremban 2 turut menawarkan gaya hidup berkualiti kepada pembeli rumah menerusi kempen ‘Now You Can’ IJM Land - Foto ihsan IJM Land
Rimbun Impian Seremban 2 turut menawarkan gaya hidup berkualiti kepada pembeli rumah menerusi kempen ‘Now You Can’ IJM Land - Foto ihsan IJM Land

'Now You Can' mudahkan pembeli rumah IJM Land

KUALA LUMPUR: IJM Land Bhd memperkenalkan kempen pemilikan fleksibel 'Now You Can' kepada bakal pembeli rumah di tengah-tengah situasi pembiayaan yang sangat mencabar akibat pandemik COVID-19.

IJM dalam satu kenyataan berkata, kempen yang berlangsung sehingga 31 Oktober 2020 itu bertujuan untuk meringankan beban kewangan pembeli rumah di samping membantu memiliki kediaman impian dan menyokong pelaburan mereka.

"Menyedari bahawa setiap pembeli rumah adalah unik, IJM Land mengambil inisiatif tambahan dalam membangunkan pelan serta penyelesaian yang sesuai demi memenuhi keperluan dan kehendak individu.

"Perlindungan kewangan juga disediakan sekiranya berlaku kehilangan atau pengurangan gaji. Inilah hasrat murni IJM Land untuk membantu lebih ramai orang memiliki impian Malaysia dalam tempoh yang mencabar ini," katanya.

Kempen 'Now You Can' memberi jaminan dan mendidik pembeli rumah mengenai prospek pelaburan hartanah pada masa yang mencabar ini, termasuk kadar faedah yang rendah, pelan simpanan yang ideal dan ganjaran yang tinggi.

Perbandaran yang terbabit dalam kempen itu termasuk Pantai Sentral Park di Kuala Lumpur; Bandar Rimbayu; Shah Alam 2 - Alam Suria Enclave; dan Seremban 2.

Projek lain juga merangkumi hartanah di seluruh negara seperti Riana Dutamas di Kuala Lumpur; Permatang Sanctuary di Bukit Mertajam; Trehaus dan The Light Waterfront di Pulau Pinang; Bandar Utama di Sandakan; Kuching Riverine Resort, Kuching; serta Nasa City, Austin Duta dan Sebana Cove di Johor Bahru.

Pembeli rumah harus mengambil peluang daripada Kempen Pemilikan Rumah (HOC) 2020 yang berlangsung dari sekarang hingga 31 Mei 2021 kerana mereka akan menikmati faedah dan penjimatan dalam tempoh terhad yang ditawarkan oleh kempen berkenaan.

Sempena HOC 2020, pembeli rumah layak mendapat tawaran menarik untuk pelbagai hartanah IJM Land, termasuk rebat khas, pakej perabot rumah, pelan pembayaran sifar faedah, tawaran pindah masuk serta yuran guaman pinjaman percuma.

Berita Harian X