Jumaat, 4 Ogos 2017 | 5:41pm
PENGERUSI Jawatankuasa Pelancongan, Perdagangan dan Kepenggunan Johor, Datuk Tee Siew Kiong (empat dari kiri) diiringi Ketua Pegawai Eksekutif Country Garden Holdings, Mo Bin (tiga dari kanan) dan Pegawai Eksekutif CGPV, Datuk Md Othman Yusof (dua dari kanan) melihat projek plan pembangunan kilang IBS Forest City ketika majlis perasmian dan pembukaan kilang IBS Forest City, Gelang Patah. - Foto Mohd Azren Jamaludin

Forest City jalin kerjasama strategik dengan 21 syarikat

GELANG PATAH: Forest City sekali lagi memeterai kerjasama strategik dengan 21 syarikat daripada pelbagai industri bagi membuka lebih banyak peluang ekonomi kepada rakyat, sekali gus menyumbang kepada pembangunan Johor.

Majlis menandatangani kerjasama dengan 21 syarikat itu disaksikan oleh Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, dan isteri, Che' Puan Khaleeda Bustamam, di sini, hari ini.

Turut hadir, Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Azmi Rohani; dan Pengerusi Eksekutif Country Garden Pacificview Sdn Bhd (CGPV), Datuk Daing Abdul Malek Daing Abdul Rahaman.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif Country Garden Holdings, Mo Bin; Ketua Pegawai Eksekutif CGPV, Su Baiyan; dan Pengarah Eksekutif CGPV, Datuk Md Othman Yusof serta barisan EXCO kerajaan Johor.

Rakan strategik itu membabitkan organisasi terkemuka termasuk berkaitan perubatan dan penjagaan kesihatan, pendidikan dan latihan, pelancongan, perkhidmatan kewangan, teknologi baru, bandar pintar dan pembangunan teknologi hijau.

Sempena program itu, Tunku Ismail turut berkenan melancarkan mercu tanda ikonik baharu Forest City iaitu Menara Carnelian yang akan menempatkan ruang komersial, pusat beli belah bebas cukai, pusat pendidikan dan inkubator untuk usahawan kecil dan sederhana.

Md Othman berkata, pembangunan mercu tanda ikonik itu sudah bermula secara berperingkat membabitkan tiga fasa.

"Secara keseluruhan tiga peringkat pembangunan mercu tanda menara ini membabitkan keluasan 500,000 meter persegi dan fasa pertama membabitkan menara setinggi 180 meter di keluasan tapak 170,000 meter persegi," katanya.

Berita Harian X