Isnin, 25 September 2017 | 9:31pm

Kadar DHL Express naik 6.9 peratus

KUALA LUMPUR: DHL Express, penyedia perkhidmatan ekspres antarabangsa, mengumumkan peningkatan harga purata am tahunan sebanyak 6.9 peratus di Malaysia, berkuat kuasa 1 Januari 2018.

Ia membabitkan penghantaran antarabangsa dengan berat sehingga 300 kilogram (kg).

Dalam kenyataannya hari ini, syarikat itu menyebut peningkatan harga mengambil kira inflasi dan dinamik mata wang.

Ia juga disebabkan peningkatan kos yang lain seperti perbelanjaan berkaitan pematuhan dengan peraturan keselamatan yang dipertingkatkan.

Ketua Pegawai Eksekutif DHL Express, Ken Allen, berkata tindakan itu akan membolehkan DHL terus melabur dalam rangkaian bertaraf dunia untuk menjana nilai bagi pelanggannya.

"Peningkatan harga tahunan kami memastikan kami dapat membuat pelaburan yang diperlukan untuk memenuhi jangkaan pelanggan kami dan terus membuat mereka berjaya dalam jangka masa panjang," katanya.

Beliau berkata, pelarasan harga itu berbeza dari satu negara dengan negara yang lain, bergantung pada keadaan tempatan dan akan terpakai kepada semua pelanggan yang dibenarkan kontrak. - BERNAMA

196 dibaca
Berita Harian X