Selasa, 17 Oktober 2017 | 4:17pm
WASHINGTON DC, Oct 17 -- Global Finance Publisher and Editorial Director Joseph Giarraputo (left) presents the Best Global Islamic Financial Institution award to Datuk Mohamed Rafique Merican of Maybank Islamic. --fotoBERNAMA (2017) COPYRIGHT RESERVED[FOTO BERNAMA /BH]

Maybank Islamic muncul Institusi Kewangan Islam Terbaik Dunia 2017

KUALA LUMPUR: Maybank Islamic Bhd, Bank Islam terbesar di Malaysia dan ASEAN bersandarkan jumlah aset, muncul Institusi Kewangan Islam Global Terbaik di Global Finance Awards 2017 yang diadakan di Washington DC baru-baru ini.

Ia juga diiktiraf sebagai Bank Sukuk Global Terbaik dan Penyedia Pelaburan Patuh Syariah Jangka Pendek Global Terbaik, kemenangan kali ke dua berturut-turut dalam kedua-dua kategori itu, demikian menurut bank itu dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Maybank Islamic juga dinamakan Institusi Kewangan Islam Terbaik di Asia Pasifik selain memenangi anugerah negara bagi Malaysia dan Singapura.

Ketua Perbankan Islam Kumpulan Maybank merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Maybank Islamic, Datuk Mohamed Rafique Merican, menerima anugerah bagi pihak bank itu pada satu majlis sewaktu mesyuarat tahunan Tabung Mata Wang Antarabangsa (IMF)/Bank Dunia pada 14 Oktober lalu.

"Kami berbesar hati diiktiraf Institusi Kewangan Islam Terbaik Dunia, selepas memenangi bank terbaik di Asia Pasifik sebanyak empat kali sejak 2012, satu pengiktirafan kepada komitmen dan keupayaan yang ditunjukkan Kumpulan Maybank dan Maybank Islamic dalam mencapai aspirasi menjadi peneraju perbankan Islam global," katanya.

Maybank Islamic turut memenangi Anugerah Institusi Kewangan Islam Terbaik di Malaysia untuk tahun ke enam berturut-turut sejak 2012 dan buat kali ke empat ia diiktiraf sebagai terbaik di Singapura oleh Global Finance, rakan media rasmi mesyuarat tahunan IMF/Bank Dunia 2017. - BERNAMA

Berita Harian X