Jumaat, 3 November 2017 | 8:36pm
PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bersama Pengerusi Eksekutif dan Pengasas Kumpulan Alibaba, Jack Ma semasa melihat replika pelan lokasi KL Air Cargo Terminal 1 sempena majlis Pelancaran fasa 1 Digital Free Trade Zone DFTZ dan turut bersama Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan, Pengarah Urusan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB), Datuk Badlisham Ghazali di Sepang International Circuit, Sepang. - Foto Ahmad Irham Mohd Noor

MAHB, Cainiao bangunkan hab logistik e-dagang

SEPANG: Malaysia Airports Holding Bhd (MAHB) menandatangani perjanjian kerjasama dengan cabang logistik Alibaba, Cainiao, bagi membangunkan hab logistik e-dagang pertama di dunia, yang dijangka beroperasi menjelang suku ketiga 2020. 

Kerjasama itu adalah sebahagian daripada fasa kedua pembangunan hab e-Penunaian (e-Fulfillment), yang akan meletakkan KLIA Aeropolis sebagai peneraju hab penghantaran e-dagang.  

Pengarah Urusannya, Datuk Badlisham Ghazali, berkata menerusi pembangunan itu, MAHB akan memegang ekuiti sebanyak 30 peratus, manakala baki 70 peratus oleh Cainiao. 

"Bagi tujuan itu, sebuah syarikat tujuan khas (SPV) akan diwujudkan dan ia akan dimaklumkan dalam tempoh terdekat. 

"Hab logistik berkenaan merangkumi kawasan seluas 25.5 hektar berdekatan dengan terminal tambang murah (LCCT), yang mana kawasan sekitar berkenaan akan dibangunkan sebagai hab kargo antarabangsa. 

"Projek berkenaan akan membabitkan ekuiti kira-kira RM200 juta," katanya selepas pelancaran Fasa Pertama Zon Perdagangan Bebas Digital (DFTZ), di sini, hari ini.

Pelancaran disempurnakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Hadir sama, Pengasas dan Pengerusi Kumpulan Alibaba, Jack Ma. 

Terdahulu, Najib turut menyempurnakan majlis pecah tanah Taman DFTZ KLIA Aeropolis. 

Badlisham berkata, pembangunan hab itu kini di peringkat awal perancangan dan pihaknya menjangkakan ia siap menjelang suku kedua 2020. 

Hab berkenaan bakal menjadi pusat e-Penunaian (e-Fulfillment) pertama luar China milik Alibaba, yang menjadi sebahagian DFTZ. 

Kemudahan itu membantu kepada penyimpanan lebih pantas, mempercepatkan pemeriksaan kastam, selain operasi agihan gudang lebih berkesan. 

Ia juga memendekkan tempoh pelepasan dan pengurusan barangan di sempadan daripada enam jam sebelum ini kepada tiga jam sahaja.  

Pada masa sama, ia akan menambahbaik operasi terminal kargo (CTO) daripada empat jam kepada hanya 90 minit.

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X