;
Isnin, 27 November 2017 | 12:07pm

AirAsia tutup sementara operasi penerbangan

KUALA LUMPUR: AirAsia memaklumkan Lapangan Terbang Antarabangsa Ngurah Rai di Bali ditutup buat sementara, hari ini bermula jam 7.15 pagi susulan ledakan Gunung Agung di Bali.

Sehubungan penutupan itu, semua penerbangan AirAsia dan AirAsia X ke Bali dan dari Bali dibatalkan.

Sebagai tambahan, penerbangan pergi dan balik ke Lombok kekal dibatalkan hari ini.

Penumpang terbabit akan dimaklumkan berhubung status penerbangan masing-masing menerusi e-mel dan Sistem Pesanan Ringkas (SMS).

"AirAsia menggalakkan semua tetamu mengemaskini perincian hubungan masing-masing di airasia.com bagi memastikan mendapat makluman berhubung sebarang kemas kini penerbangan masing-masing," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Penumpang yang dibatalkan penerbangannya berhak memilih satu daripada opsyen ditawarkan:

1. Mengubah penerbangan: Mengubah waktu pengembaraan baharu pada laluan sama dalam tempoh 30 hari daripada penerbangan asal tanpa kos tambahan dan tertakluk kepada kesediaan tempat duduk; atau

2. Akaun kredit: Mengekalkan nilai tambang anda dalam akaun kredit bagi pengembaraan akan datang dengan AirAsia. Akaun kredit dalam talian harus ditebus dalam tempoh 90 hari daripada tarikh ia dikeluarkan.

Sila semak www.airasia.com dan laman sosial media AirAsia bagi pengumuman lanjut.

AirAsia menggalakkan penumpang menyemak status penerbangan menerusi ciri-ciri "Manage My Booking" pada laman web AirAsia.

Bagi pelanggan yang mahukan maklumat lanjut dan bantuan sila hubungi pasukan sokongan pelanggan di https://support.airasia.com

2922 dibaca
Berita Harian X