Khamis, 30 November 2017 | 11:27pm
Pengarah Bebas Bukan Eksekutif Pos Malaysia Bhd yang baharu, Tan Sri Zamzamzairani Mohd Isa. - Foto Mohd Yusni Ariffin
Pengarah Bebas Bukan Eksekutif Pos Malaysia Bhd yang baharu, Tan Sri Zamzamzairani Mohd Isa. - Foto Mohd Yusni Ariffin

Pos Malaysia lantik Zamzamzairani

KUALA LUMPUR: Pos Malaysia Bhd melantik Tan Sri Zamzamzairani Mohd Isa sebagai Pengarah Bebas Bukan Eksekutifnya berkuat kuasa 1 Disember 2017.

Pos Malaysia dalam makluman kepada Bursa Malaysia, hari ini berkata, Zamzamzairani memiliki pengalaman luas lebih daripada 30 tahun dalam industri telekomunikasi, bermula di Telekom Malaysia Bhd dengan beliau berkhidmat selama 13 tahun, dengan jawatan terakhirnya sebagai Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan Kumpulan TM.

Di bawah kepemimpinan beliau, TM berjaya melancarkan dengan jayanya perkhidmatan jalur lebar berkelajuan tinggi pada 2010, secara kerjasama dengan kerajaan.

"Antara syarikat lain yang beliau berkhidmat ialah Global One Communications dan Lucent Technologies (Malaysia) Sdn Bhd, iaitu beliau ialah Ketua Pegawai Eksekutif," kata syarikat itu.

Zamzamzairani memiliki Ijazah Sarjana Muda Sains dalam Kejuruteraan Komunikasi dari United Kingdom.

Beliau juga menamatkan program Kewangan Korporat, Strategi bagi Mewujudkan Nilai Pemegang Saham di Kellogg School of Management, Northwestern University di Amerika Syarikat. - BERNAMA

Berita Harian X