Selasa, 20 Februari 2018 | 1:58pm

Sony bina gabungan sistem e-hailing teksi

TOKYO: Sony Corp akan menjadi syarikat terkemuka terbaharu memasuki pasaran perkhidmatan pengangkutan e-hailing dan teksi di Jepun dengan perancangan kerjasama membangunkan sistem e-hailing pintar.

Jepun dilihat antara pasaran berpotensi yang menguntungkan, dengan pelaksanaan peraturan lebih ketat.

Pada masa ini, pemandu tidak profesional dilarang daripada menawarkan perkhidmatan teksi di atas dasar keselamatan, dan syarikat yang menawarkan perkhidmatan pengangkutan e-hailing hanya terhad kepada perkhidmatan sedia ada menerusi penggunaan platform telefon mudah alih.

Sony merancang untuk membangunkan platform berkenaan dengan Daiwa Motor Transportation dan lima syarikat pengangkutan teksi domestik lain.

Pada bulan ini, SoftBank Group Corp dan Didi Chuxing dari China akan melaksanakan usaha sama itu di Jepun tahun ini bagi menyediakan perkhidmatan yang sepadan.

Sementara itu, Toyota Motor Corp pula berkata, pihaknya akan mengambil alih perkhidmatan teksi e-hailing JapanTaxi, yang ditubuhkan firma pengangkutan teksi terbesar Jepun, Nihon Kotsu.- REUTERS

Berita Harian X