Khamis, 22 March 2018 | 9:28pm

Syarikat JV Muhibbah dapat kontrak LRT 3

KUALA LUMPUR: Muhibbah Engineering (M) Bhd menerusi syarikat usaha sama (JV) dengan kepentingan 49 peratus, berjaya mendapat kontrak Prasarana Malaysia Bhd yang dianggarkan bernilai RM32.7 juta.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, syarikat itu berkata urus niaga itu membabitkan usaha merekabentuk, pembekalan, penghantaran, pemasangan, pengujian serta pengeroperasian halangan bunyi bagi jajaran Transit Aliran Ringan Laluan 3 (LRT3) dari Bandar Utama ke Johan Setia.

Kerja-kerja pembinaan yang akan bermula dalam masa terdekat ini, dijangka siap menjelang suku keempat 2019, kata Muhibbah.

Kontrak terbabit dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan serta aset bersih syarikat bagi tahun kewangan semasa dan masa depan selain tidak memberi sebarang kesan ketara terhadap modal saham/struktur pegangan saham Muhibbah.

-BERNAMA

Berita Harian X