Isnin, 26 March 2018 | 7:45pm

BMW Group M'sia perkenal aplikasi BMW Group Loyalty

KUALA LUMPUR: BMW Malaysia Sdn Bhd memperkenalkan BMW Group Loyalty+Mobile App, program kesetiaan bersifat aplikasi mudah alih untuk anggota BMW White Card, MINI Black Card dan BMW Excellence Card bagi membolehkan mereka mengakses keistimewaan mereka di mana saja.

Aplikasi kesetiaan melalui peranti mudah alih yang baharu ini membolehkan integrasi e-pembayaran yang lebih mudah dan lancar, perkhidmatan pembiayaan serta akses kepada pengalaman mewah dan acara istimewa termasuk pengalaman mewah, kata syarikat itu dalam satu kenyataan.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif, Harald Hoelzl, berkata terdapat lebih kurang 20.96 juta pengguna telefon pintar dan peranti mudah alih di Malaysia dengan pelanggan BMW merangkumi sebahagian besar daripada perangkaan itu.

"Mereka menuntut gaya hidup yang memerlukan mereka mempunyai maklumat di hujung jari.

"Dengan BMW Group Loyalty+Mobile App yang baharu ini, kami mahu mendigitalkan produk, perkhidmatan dan titik sentuh supaya kami boleh mencipta aplikasi yang lancar bagi berhubung dengan semua pelanggan kami," katanya.

Sebagai sebahagian daripada pengalaman pemilikan premium Kumpulan BMW Malaysia, pemilik BMW, MINI dan BMW Motorrad kini mempunyai capaian penuh kepada kesemua ciri-ciri BMW White Card, MINI Black Card dan BMW Excellence Club yang ada dalam aplikasi berkenaan.

Semasa mendaftar untuk aplikasi itu, pelanggan akan mempunyai akses ke halaman utama, dengan opsyen untuk meneliti dan bertindak ke atas ruangan menu. -- BERNAMA

Kemelut Kerajaan

Berita Harian X