Isnin, 16 April 2018 | 5:22pm

IQM keluar komponen Myvi generasi kedua

KUALA LUMPUR: Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) membuka bahagian pengeluaran baharu, khusus bagi operasi Perodua Myvi generasi kedua.

Presiden PERODUA Auto Corporation Sdn Bhd, Takahashi Masanori, berkata bahagian pengeluaran itu seiring dengan komitmen PERODUA dalam memastikan keperluan automotifnya sentiasa berada di paras tertinggi.

Beliau berkata, bahagian pengeluaran yang bakal dikendalikan vendor PERODUA, IQM Sdn Bhd di Proton City, Tanjung Malim itu akan menghasilkan komponen badan termasuk bonet, pintu, pengadang, panel suku dan bumbung.

"Bagi keselamatan dan kemudahan pelanggan, kami memberi komitmen kepada mereka bahawa syarikat akan terus menghasilkan bahagian yang berkualiti tinggi dan berpatutan.

"Kami memilih untuk mengambil syarikat luar (vendor) bagi komponen pengeluaran Myvi generasi kedua ini kerana kilang pembuatan kami sudah mencapai kapasiti maksimum.

"IQM dipilih syarikat berdasarkan prestasi dan kemampuannya yang sudah terbabit menjadi pengeluar bahagian model Viva sejak pengeluaran model itu sehingga 2014," katanya dalam satu kenyataan, baru-baru ini.

Hubungan kerjasama kukuh

Kerjasama antara PERODUA dengan vendornya bukan baharu, selain untuk pengeluaran Myvi generasi kedua dan Viva, vendor PERODUA turut terbabit dalam penghasilan komponen bagi Myvi generasi pertama, Kelisa dan Kancil.

"Terdapat banyak pengguna Myvi generasi kedua, yang mana lebih daripada 519,000 model sudah dihasilkan dari Mei 2011 hingga Oktober 2017. Ini adalah sokongan pengguna dan kami mengambil kepercayaan serta sokongan ini dengan serius.

Ketika ini, Bahagian Perkhidmatan Komponen Myvi di IQM Tanjung Malim hanya menghasilkan komponen badan berdasarkan permintaannya yang tinggi. Bahagian enjin untuk Myvi generasi kedua akan terus dihasilkan di PMSB di Rawang, manakala bahagian lain dihasilkan vendor PERODUA yang lain," katanya.

Sementara itu, Pengarah Eksekutif IQM, Aidil Azlan Mohd Fitri, berkata pihaknya sudah menjadi vendor syarikat automotif itu sejak 2002 dan sudah membina hubungan kerjasama yang kukuh berdasarkan kepercayaan, kualiti dan kesetiaan kedua-dua pihak.

"Terdapat banyak pengguna Myvi generasi kedua, yang mana lebih daripada 519,000 model sudah dihasilkan dari Mei 2011 hingga Oktober 2017. Ini adalah sokongan pengguna dan kami mengambil kepercayaan serta sokongan ini dengan serius.

"Ketika ini, Bahagian Perkhidmatan Komponen Myvi di IQM Tanjung Malim hanya menghasilkan komponen badan berdasarkan permintaannya yang tinggi. Bahagian enjin untuk Myvi generasi kedua akan terus dihasilkan di PMSB di Rawang, manakala bahagian lain dihasilkan vendor PERODUA yang lain.," katanya.

Sementara itu, Pengarah Eksekutif IQM, Aidil Azlan Mohd Fitri, berkata pihaknya sudah menjadi vendor syarikat automotif itu sejak 2002 dan sudah membina hubungan kerjasama yang kukuh berdasarkan kepercayaan, kualiti dan kesetiaan kedua pihak.

148 dibaca
Berita Harian X
Teruskan ke laman Berita Harian »