Selasa, 17 April 2018 | 7:19pm

GCH sediakan manfaat perlindungan 24/7

KUALA LUMPUR: GCH Retail (Malaysia) Sdn Bhd (GCH), pengendali pasar raya Giant, Cold Storage, Mercato dan Jasons Food Hall mengumumkan kerjasama strategik dengan Shieldcard Holdings Sdn Bhd (Shieldcard) and AIG Insurance Malaysia Berhad (AIG) untuk memperluaskan manfaat Kemalangan Peribadi (PA) eksklusif untuk pelanggan setia GCH.

Usaha itu menyaksikan GCH meluaskan kerjasama dengan Shieldcard iaitu pemilik dan operator kepada program AXXESS yang akan memberikan perlindungan mudah kepada pelanggannya ketika membeli-belah di mana-mana cawangan GCH.

Ketua Pegawai Eksekutif GCH, Pierre-Olivier Deplanck berkata, syarikat meningkatkan lagi program AXXESS khusus untuk pelanggan GCH di mana ia menawarkan manfaat perlindungan sehingga RM40,000.

 

"Asas pelanggan GCH terdiri daripada ahli keluarga dan oleh sebab itu, kami mahu menyokong pelanggan dan keluarga mereka serta memastikan mereka dilindungi secukupnya untuk keadaan yang tidak dijangka," katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Beliau berkata, manfaat perlindungan itu adalah di seluruh dunia dan ia menyediakan perlindungan 24/7 untuk kemasukan ke hospital dengan pendapatan harian sebanyak RM50 sehari sehingga 30 hari bagi setiap kemalangan yang diinsuranskan.

"RM20,000 akan diberikan kepada waris terdekat jika berlaku kejadian tidak diingini di samping baucar runcit bulanan bernilai RM18,000 secara keseluruhan," katanya.

Individu yang berbelanja sekurang-kurangnya RM30 daripada 16 April hingga 15 Mei ini akan menerima kad AXXESS percuma dan serta merta layak untuk menikmat manfaat sehingga 31 Mei 2018.

Pelanggan digalakkan mendaftarkan kad AXXESS mereka pada tempoh kempen di atas untuk menikmati PA percuma bagi bulan pertama.

Oleh kerana dalam tempoh percuma, maka ahli perlu membelanjakan sekurang-kurangnya RM200 sebulan di mana-mana cawangan GCH untuk mengekalkan manfaat PA sama yang dikeluarkan oleh syarikat insurans am terkemuka negara iaitu AIG.

180 dibaca
Berita Harian X
Teruskan ke laman Berita Harian »