Ahad, 13 Mei 2018 | 7:23pm
NAIB Presiden Kanan KFC Malaysia, Ling Mee Jiuan.

Kemeriahan Ramadan bersama KFC Nacho Cheezy Crunch

KUALA LUMPUR: KFC Malaysia memperkenalkan produk ayam goreng terbarunya, KFC Nacho Cheezy Crunch, khusus kepada peminatnya sepanjang musim Ramadan ini.

Naib Presiden Kanan KFC Malaysia, Ling Mee Jiuan, berkata hidangan masa terhad itu menyajikan sesuatu yang berbeza dengan kombinasi kerangupan nacho bersama keju jalapeno lazat yang pasti menambat hati setiap penggemar ayam goreng di luar sana.

Beliau berkata, kerangupan yang tiada tandingan pada hidangan KFC Nacho Cheezy Crunch berkenaan dihasilkan daripada lapisan kepingan nacho yang digoreng keemasan bersama ayam KFC Hot & Spicy.

"Kami membawakan inovasi terbaru ini khas buat pencinta ayam goreng yang sentiasa mengidamkan lebih keju dan kerangupan.

"Ayam Hot & Spicy kegemaran ramai disalut sempurna dengan kepingan nacho, dihidang pula bersama sos Keju Jalapeno menghasilkan kerangupan yang tiada bandingan," katanya dalam kenyataan di sini.

Katanya, bersempena dengan bulan Ramadan yang bakal tiba, pihaknya berharap Nacho Cheezy Crunch dapat membawa keceriaan kepada pelanggan serta keluarga masing-masing terutam ketika berbuka puasa.

KFC Nacho Cheezy Crunch boleh didapati di dalam kombo dua dan tiga ketul ayam.

Bermula daripada RM14.90, setiap kombo didatangkan bersama sos Keju Jalapeno, hidangan sampingan KFC iaitu kentang putar dan coleslaw, serta minuman SJORA. Dapatkan KFC Nacho Cheezy Crunch di setiap restoran KFC seluruh Malaysia bermula 8 Mei ini, sementara stok masih ada.

Berita Harian X