Isnin, 28 Mei 2018 | 9:22pm

FGV cadang nama diubah

KUALA LUMPUR: Felda Global Ventures Holdings Bhd mengemukakan cadangan membabitkan pertukaran namanya kepada FGV Holdings Bhd.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, ia berkata perubahan nama itu bagaimanapun tertakluk kepada kelulusan pemegang saham di mesyuarat agung luar biasa yang akan datang.

Jika diluluskan, cadangan pertukaran nama itu akan berkuat kuasa daripada tarikh notis pendaftaran nama baharu yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia.

-BERNAMA

Berita Harian X