Selasa, 5 Jun 2018 | 3:40pm
KETUA Pegawai Eksekutif CJ WOW SHOP, Kim Yang Hyun. - Foto ihsan pembaca

CJ WOW SHOP jalin kerjasama dengan UniFi

KUALA LUMPUR: CJ WOW SHOP, destinasi membeli-belah pintar sehenti menjalin kerjasama dengan perkhidmatan jalur lebar Telekom Malaysia Bhd (TM), UniFi bagi meningkatkan capaiannya kepada isi rumah yang lebih meluas.

Kerjasama itu membolehkan CJ WOW SHOP memanfaatkan potensi lebih satu juta pelanggan UniFi menerusi platform TV dan penstriman video, UniFi TV.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Kim Yang Hyun, berkata bermula 1 Jun lalu, pelanggan UniFi TV boleh mengikuti program membeli-belahnya sepanjang hari di Saluran 104.

Kim berkata, penonton juga boleh mengikuti program rangkaian produk inovatif itu melalui aplikasi mudah alih UniFi PlayTV.

"Kerjasama ini meletakkan kami sebagai rangkaian membeli-belah di rumah yang paling mudah diakses dan memberikan pengalaman 'shoppertainment' secara langsung kepada lebih ramai pengguna.

"Ia sekali gus meletakkan kami di kedudukan lebih baik bagi memenuhi keperluan lebih ramai pelanggan. Usaha terbaharu ini selari dengan aspirasi kami bagi mencapai pendapatan tahunan melebihi RM200 juta tahun ini.

"Ini juga membolehkan CJ WOW SHOP memperluaskan kehadirannya dalam pasaran serta potensinya untuk menjalankan jualan selama 24 jam," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Sempena kerjasama itu, CJ WOW SHOP menawarkan baucer membeli-belah bernilai RM20 secara eksklusif kepada pelanggan UniFi TV.

Satu kod promosi khas akan disiarkan di semua saluran di UniFi TV sepanjang Jun dan baucer itu boleh ditebus bermula 1 hingga 30 Jun dengan setiap pembelian bernilai RM100 ke atas.

Selain itu, CJ WOW SHOP turut menawarkan pakej percutian sembilan hari tujuh malam ke Turki bagi dua pemenang bertuah yang membuat pembelian tertinggi.

Kemelut Kerajaan

Berita Harian X