Jumaat, 6 Julai 2018 | 1:17am

Mahkamah Rayuan tolak permohonan pemilik Tealive

KUALA LUMPUR: Mahkamah Rayuan menolak permohonan pemilik minuman Tealive, Loob Holding Sdn Bhd, untuk penggantungan sementara pelaksanaan perintah injunksi yang memihak kepada pemilik jenama Chatime, La Kaffa International Co Ltd pada 27 Jun lalu.

Permohonan Loob itu, yang difailkan sehari selepas keputusan perintah injunksi sementara oleh Mahkamah Rayuan, ditolak atas alasan syarikat itu melanggar kontrak dan tuntutan undang-undang terhadap La Kaffa, berkaitan dengan halangan dagangan serta undang-undang francais Malaysia.

Justeru, keputusan itu melarang Loob daripada mengendalikan Tealive sebagai perniagaan yang bersaing dengan Chatime untuk tempoh dua tahun di Malaysia.

Berita Harian X