Khamis, 2 Ogos 2018 | 1:52pm
SHAH Hakim Zain. - Foto fail NSTP/Surianie Mohd Hanif
SHAH Hakim Zain. - Foto fail NSTP/Surianie Mohd Hanif

CEO Scomi letak jawatan

KUALA LUMPUR: Ketua Pegawai Eksekutif Scomi Group Bhd, Shah Hakim Zain meletakkan jawatan daripada syarikat itu, hari ini.

Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia, Scomi berkata Shah Hakim, 53, membuat keputusan bagi memberikan perhatian kepada komitmen perniagaan lain.

Shah Hakim dilantik sebagai Lembaga Pengarah Scomi pada 3 Mac 2003.

Beliau memulakan kerjaya sebagai juruaudit di Ernst & Young dan dinaikkan pangkat sebagai Pengurus Perunding, bertanggungjawab memberikan perkhidmatan kepada syarikat-syarikat besar.

Ketika ini, beliau menduduki Lembaga Pengarah Scomi Energy Services Bhd, Scomi Engineering Bhd dan KMCOB Capital Bhd.

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X