Jumaat, 17 Ogos 2018 | 9:53pm

MAHB tambah kemudahan daftar masuk bagasi klia2

KUALA LUMPUR: Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) akan menambah 15 unit lagi kemudahan daftar masuk bagasi sendiri (SBD) di Lapangan Terbang Antarabangsa KL 2 (klia2) menjelang hujung tahun ini.

Langkah itu dibuat selepas menerima maklum balas positif daripada orang ramai mengenai pemasangan kumpulan pertama 15 unit SBD pada awal tahun ini.

"Pelaksanaan SBD adalah sebahagian daripada inisiatif Airporst 4.0 kami yang bertujuan untuk meningkatkan pengalaman penumpang melalui teknologi dan pendigitalan. Yang mana akhirnya, kayu pengukur kejayaan yang sebenar adalah kepuasan penumpang itu sendiri," kata pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Raja Azmi Raja Nazuddin dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam tempoh tiga bulan pertama pelaksanaannya pada Mac 2018, hampir 8,000 daripada 24,000 penerbangan yang berlepas dari klia2 menggunakan kemudahan berkenaan, ini mewakili kira-kira 30 peratus daripada pergerakan trafik penumpang.

Kaunter SBD ketika ini memproses sehingga 5,000 beg setiap hari.

-BERNAMA

Berita Harian X