Khamis, 8 November 2018 | 3:53pm
KETUA Pegawai Korporat TNB, Datuk Wira Roslan Ab Rahman (kiri) menerima Anugerah Brand Of The Year daripada Pengerusi World Branding Forum, Richard Rowles di Kensington Palace, London, baru-baru ini.

TNB dinobat Jenama Terbaik

KUALA LUMPUR: Tenaga Nasional Bhd (TNB) menerima anugerah “Brand of the Year” untuk 2018-2019, di bawah kategori tenaga bagi pemenang kebangsaan untuk Malaysia di World Branding Awards.

Dalam satu kenyataan hari ini, TNB berkata, pemenang ditentukan menerusi penilaian jenama, kajian pasaran pengguna dan undian awam dalam talian.

Katanya, 70 peratus daripada proses pemarkahan adalah daripada undian pengguna.

“Anugerah ini mencerminkan dedikasi dan komitmen 35,000 pekerja yang bekerja keras dalam membina dan membangunkan jenama kami.

“Ia sememangnya satu cabaran untuk menawarkan pengalaman jenama terbaik kepada 9.4 juta pelanggan kami.

“Anugerah ini akan mendorong warga kerja TNB untuk terus meningkatkan usaha dan mengukuhkan jenama dengan menyediakan pengalaman pelanggan terbaik,” katanya.

Mengulas lanjut, katanya anugerah itu disampaikan oleh Pengerusi Forum Penjenamaan Dunia, Richard Rowles di Kensington Palace, London.

World Branding Awards adalah program pengiktirafan anugerah utama Forum Penjenamaan Dunia.

Daripada 4,500 jenama dari 57 negara dicalonkan pada tahun ini dengan 351 jenama dari 49 negara dinobat sebagai pemenang.

Berita Harian X