Selasa, 13 November 2018 | 1:21pm

Saham Goldman menjunam susulan tekanan memuncak isu 1MDB

NEW YORK: Saham Goldman Sachs Group Inc menjunam ke paras terburuk dalam tempoh tujuh tahun hari ini, penurunan dua kali ganda berbanding syarikat pemberi pinjaman utama di Amerika Syarikat (AS).

Penurunan berlaku selepas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng mengeluarkan kenyataan yang Malaysia akan menuntut 'pembayaran sepenuhnya' terhadap perjanjian bon untuk dana kekayaan berdaulat yang menyaksikan Goldman Sachs kini dalam siasatan rasuah yang mendapat perhatian global.

"Beberapa tajuk utama yang negatif kini bermain di minda pelabur apabila membabitkan bank berkenaan," kata Brian Kleinhanzl, penganalisis di KBW.

Minggu lalu, sekurang-kurangnya tiga pegawai kanan Goldman Sachs disabitkan Jabatan Kehakiman (DoJ) AS dalam jenayah syarikat termasuk memberi rasuah kepada pegawai di Malaysia dan tempatan lain serta melakukan penggubahan ratusan juta dolar.

Firma itu sudah menyatakan ia akan memberikan kerjasama kepada siasatan dan mungkin berdepan dengan denda.

Semalam, Guan Eng dilaporkan berkata, negara ini akan menuntut pembayaran penuh kepada Goldman yang mengendalikan pinjaman sehingga AS$6.5 bilion pada 2012 dan 2013 yang 'diakui bersalah' oleh Goldman selepas Tim Leissner, bekas pengerusi Asia Tenggara Goldman Sachs mengaku bersalah di atas pembabitannya.

Goldman Sachs masih belum membuat pengakuan secara terbuka terhadap segala salah laku berkenaan. Jurucakap bank berkenaan hari ini enggan mengulas kenyataan dibuat Guan Eng.

Guan Eng bersandarkan kepada salah laku kemasukan secara tidak telus salah laku firma itu dan undang-undang AS terhadap kleptokrasi bagi membolehkan Malaysia mendapatkan semula hampir AS$600 juta yang dibayar kepada Goldman Sachss untuk perjanjian tiga bon pinjaman.

Risiko litigasi Goldman Sachs di AS termasuk saman dan siasatan dianggarkan boleh mencecah sehingga RM2 bilion termasuk lebih AS$1 bilion daripada isu berkaitan 1MDB yang dinyatakan Penganalisis Bloomberg Intelligence, Elliott Z Stein and Jennifer Rie dalam satu laporan.

Saham firma berkenaan menjunam 7.5 peratus semalam iaitu kejatuhan terbesar dalam sehari sejak November 2011. Walaupun semua kecuali satu daripada 67 syarikat dalam Indeks Kewangan S&P 500 tergelincir di tengah penurunan pasaran lebih meluas, penurunan 3.5 peratus Morgan Stanley adalah paling hampir dengan kejatuhan Goldman.

Goldman Sachs menyatakan ia percaya kelulusan kepada pinjaman berkenaan adalah untuk pembangunan projek dan Leissner, bekas pengerusi Asia Tenggara Goldman Sachs tidak mendedahkan maklumat kepada firma berkenaan.

Leissner menyatakan budaya kerahsiaan Goldman Sachs menyebabkan beliau menyembunyikan salah laku daripada kakitangan syarikat.

David Solomon yang mengambil alih jawatan Ketua Pegawai Eksekutif pada bulan lalu berkata, beliau menganggap tuduhan terhadap bekas kakitangan itu sebagai 'terlalu menyusahkan'.

Pengerusi Goldman Sachs, Lloyd Blankfein ketika ditanya mengenai kesan skandal berkenaan kepada reputasi bank itu, hanya menyatakan "Tidak terlalu baik". -Bloomberg

Berita Harian X