Isnin, 7 Januari 2019 | 8:47pm

AirAsia tawar promosi 1.9 juta tempat duduk

KUALA LUMPUR: AirAsia Bhd meraikan tahun 2019 dengan tawaran promosi sebanyak 1.9 juta tempat duduk.

Syarikat penerbangan tambang rendah itu dalam satu kenyataan hari ini berkata tambang promosi terangkum ahli adalah serendah RM19 bagi penerbangan dari Kuala Lumpur (KL) ke Johor, Kuantan dan Labuan, Kota Kinabalu ke Bintulu dan Sibu, Kuching ke Bintulu dan Miri, dan dari Pulau Pinang ke Langkawi; RM49 dari KL ke Silangit - Lake Toba, Phuket dan Krabi; dan RM69 dari KL ke Padang dan Ho Chi Minh.

Penerbangan AirAsia X dari KL ke Tianjin, Melbourne, Jeju, Amritsar dan Osaka dengan tambang terangkum ahli daripada serendah RM319 juga ditawarkan, atau penerbangan Premium Flatbed dari KL ke Bali, Taipei, Amritsar dan Jaipur daripada hanya RM599.

“Tempahan boleh dibuat di airasia.com atau aplikasi mudah alih AirAsia dari 7 hingga 20 Januari, bagi perjalanan segera sehingga 31 Julai 2019,” kata syarikat penerbangan itu.

-BERNAMA

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X