Rabu, 6 Februari 2019 | 5:00pm

SilTerra sasar pendapatan RM1 bilion menjelang 2021

KUALA LUMPUR: SilTerra Malaysia Sdn Bhd (SilTerra Malaysia), pengeluar wafer semikonduktor terkemuka sedang meninjau pasaran dan peluang kerjasama pintar berpotensi di luar negara untuk terus memperkukuhkan jenamanya di peringkat global.

Matlamat berkenaan turut selari dengan sasaran pembekal kepada rantaian bekalan automotif sedunia itu untuk meningkatkan pendapatan syarikat kepada RM1 bilion dalam tempoh tiga tahun akan datang.

SilTerra Malaysia Sdn Bhd (SilTerra Malaysia), pengeluar wafer semikonduktor terkemuka sedang meninjau pasaran dan peluang kerjasama pintar berpotensi di luar negara untuk terus memperkukuhkan jenamanya di peringkat global.

Matlamat berkenaan turut selari dengan sasaran pembekal kepada rantaian bekalan automotif sedunia itu untuk meningkatkan pendapatan syarikat kepada RM1 bilion dalam tempoh tiga tahun akan datang.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Firdaus Abdullah, berkata keupayaan SilTerra Malaysia semakin mendapat tempat dalam kalangan syarikat gergasi seluruh dunia dengan kepakaran serta hasil produk yang dikeluarkannya.

"SilTerra Malaysia kini berada di kedudukan ke-16 di seluruh dunia dalam pasaran industri faundri semikonduktor dan memberi perkhidmatan sokongan kepada syarikat global seperti Apple, LG, Huawei, Google, Mediatek, IMEC, Broadcom, UMC dan Magnachip.

"Kebanyakan produk kami terutama cip bersepadu (IC) dieksport ke Taiwan, China, Korea, Amerika Syarikat (AS), Eropah dan Amerika Selatan.

"Justeru, melangkah ke hadapan, kami akan terus menerokai pasaran baharu termasuk Vietnam dan Turki yang mana menunjukkan minat tinggi dengan keupayaan SilTera Malaysia," katanya dalam satu temu bual bersama BH, di sini, baru-baru ini.

Katanya, SilTerra Malaysia juga pada masa ini adalah perunding fab untuk perniagaan faundri sebuah konglomerat besar milik China (Beijing Electronics Holding Co atau BEHC) dengan membantu membina fab baharu BEHC di Beijing; melatih jurutera serta menubuhkan sistem pengeluaran dan pelesenan bagi beberapa teknologi semikonduktor SilTerra kepada syarikat berkenaan.

"Selain itu, SilTerra Malaysia juga sudah menandatangani perjanjian untuk membekalkan wafer bagi cip pemacu paparan panel besar (untuk TV) ke UMC Group yang berpangkalan di Taiwan," katanya.

Mengulas lanjut Firdaus berkata, syarikat juga memperuntukkan perbelanjaan modal berjumlah kira-kira RM82 juta tahun ini untuk terus memperkukuhkan operasi syarikat.

Katanya, matlamat akhir mereka adalah untuk memastikan SilTerra Malaysia mampu menjadi peserta global penting dalam pasaran lebih luas untuk Objek Rangkaian Internet (IoT) dan kuasa .

"Kami berusaha mencapai matlamat itu dengan membina dan membangunkan ekosistem kami yang unik melalui inovasi dari teknologi proses sendiri, kit reka bentuk proses (PDK) dan Harta Intelek (IP); produk, modul dan sistem IC kami sendiri, dan penyelesaian dan perkhidmatan - yang menjadi ciri utama pembekal semikonduktor IDM hibrid," katanya.

Ditanya mengenai kesan perang perdagangan antara AS dan China terutama terhadap industri elektrik dan elektronik, beliau berkata, ia memberi peluang terbaik kepada Asia Tenggara termasuk Malaysia untuk memperoleh lebih banyak pelaburan dan perdagangan terutama dalam sektor berkenaan.

"Kita boleh mengenal pasti dan memanfaatkan beberapa kelemahan dalam industri semikonduktor China, iaitu penstoran NAND (NAND storage) dan elektronik untuk automotif," katanya.

SilTerra Malaysia yang berpangkalan di Kulim, Kedah memiliki tenaga kerja seramai kira-kira 1,300 yang mana 97 peratus daripadanya terdiri daripada masyarakat setempat (Kedah).

Setiap tahun, syarikat berkenaan turut mengadakan pengambilan 100 graduan baharu dari universiti tempatan untuk diberikan latihan dan bimbingan dalam berdepan cabaran teknologi.

Berita Harian X