Khamis, 21 Februari 2019 | 9:11pm
Tan Sri Leo Moggie. - Arkib NSTP
Tan Sri Leo Moggie. - Arkib NSTP

TNB lanjut kontrak Leo Moggie

KUALA LUMPUR: Tenaga Nasional Bhd melanjutkan perkhidmatan Tan Sri Leo Moggie sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif Bukan Bebas TNB selama setahun, berkuat kuasa 12 Mac 2019.

Sebelum dilantik sebagai pengerusi, beliau memegang jawatan menteri kanan di peringkat Persekutuan dan negeri selama lebih 38 tahun.

Ia termasuk Menteri Tenaga, Komunikasi dan Multimedia; Menteri Kerja Raya; Menteri Tenaga, Telekom dan Pos; serta Menteri Kerajaan Tempatan dan Menteri Kebajikan Masyarakat dalam kerajaan negeri Sarawak. - BERNAMA

Berita Harian X