Jumaat, 8 March 2019 | 7:21pm
AirAsia X Bhd akan memulakan perkhidmatan penerbangan terus antara Kuala Lumpur-Lanzhou.
AirAsia X Bhd akan memulakan perkhidmatan penerbangan terus antara Kuala Lumpur-Lanzhou.

AirAsia X mula penerbangan terus KL-Lanzhou

SEPANG: AirAsia X Bhd akan memulakan perkhidmatan penerbangan terus antara Kuala Lumpur dan salah satu bandar terbesar di barat laut China, Lanzhou, bermula 1 Mei depan.

Penerbangan empat kali seminggu itu adalah satu-satunya penerbangan terus ke ibu kota Willayah Gansu dari Kuala Lumpur.

Dalam satu kenyataan hari ini, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X, Benyamin Ismail berkata syarikat penerbangan itu akan terus berusaha memenuhi keperluan pengembara Malaysia dan China.

"AirAsia komited untuk memperkukuh kedudukannya di China. Tahun lalu, kami mengumumkan laluan penerbangan baharu ke Tianjin dan seterusnya Lanzhou. Ini membuktikan komitmen untuk mengembangkan kedudukan kami di pasaran utama ini," katanya.

AirAsia X menawarkan tambang ahli serba inklusif pada harga serendah RM149 bagi tempat duduk standard dan RM789 bagi katil rata premium yang boleh ditempah menerusi laman sesawang airasia.com atau aplikasi mudah alih AirAsia sehingga 24 Mac 2019, bagi tempoh perjalanan 1 Mei 2019 sehingga 26 Oktober 2019.

Berita Harian X