Ahad, 17 March 2019 | 5:50pm

Tony Fernandes tutup akaun Facebook

KETUA Eksekutif AirAsia Group Bhd, Tony Fernandes menutup akaun Facebook dan berkata beliau mungkin akan menutup laman Twitternya.

“Jumlah kebencian yang ada dalam media sosial kadang-kadang jauh melebihi kebaikan,” kata Fernandes dalam post di Twitternya.

“Tetapi mengenai Twitter, saya fikir perjuangan saya berterusan,” katanya.

Fernandes berkata, akaun Facebook beliau mempunyai 670,000 pengikut.

Beliau berkata dalam satu hantaran di Twitter pada Sabtu bahawa sementara beliau adalah “peminat utama” media sosial, beliau perlu berfikir secara mendalam sama ada untuk mengekalkan Facebook selepas streaming secara langsung tembakan besar-besaran di New Zealand.

Fernandes mempunyai kira-kira 1.29 juta pengikut di Twitter dan telah di tweet lebih 20,200 kali sejak menyertainya pada 2008, sering mengulas mengenai prestasi syarikat dan pasukan sukannya.

Beliau adalah pemilik bersama kelab bola sepak Inggeris, Queens Park Rangers.

AirAsia adalah salah satu syarikat penerbangan tambang rendah terbesar di rantau ini. - Bloomberg

Berita Harian X