Rabu, 20 March 2019 | 9:34am
Ketua Eksekutif Bersama Samsung Electronics, Kim Ki-nam. - Foto Reuters
Ketua Eksekutif Bersama Samsung Electronics, Kim Ki-nam. - Foto Reuters

Samsung jangka 2019 tahun sukar

SEOUL: Samsung Electronics Co Ltd menjangka tahun yang sukar disebabkan ketegangan perdagangan global, pertumbuhan ekonomi lembap dan permintaan yang lebih perlahan terhadap cip memori daripada syarikat pusat data, kata ketua eksekutif firma itu hari ini.

Pengeluar memori cip terbesar dunia itu mengulangi ramalan lemah pada 2019 memandangkan ketika mana pemegang sahamnya menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) syarikat itu di Seoul, memetik kelembapan dalam permintaan terhadap cip memori.

"Kami menjangkakan banyak kesukaran tahun ini seperti kelembapan pertumbuhan dalam ekonomi utama dan risiko terhadap konflik perdagangan global," kata Ketua Eksekutif Bersamanya, Kim Ki-nam, pada mesyuarat itu.

Samsung meninjau pertumbuhan baru dalam bidang seperti perkilangan peralatan rangkaian berikutan jualan cip dan telefon pintarnya mula menyusut.

Syarikat itu akan terus membuat pelaburan berani dalam pembuatan semikonduktor dalam menghadapi persaingan sengit dari Cina, kata Kim.

Pemegang saham akan mengundi perlantikan pengarah lembaga pengarah. - Reuters

Berita Harian X