Rabu, 27 March 2019 | 7:55pm

GHL dapat kontrak bina aplikasi subsidi petrol

KUALA LUMPUR: GHL Systems Bhd mendapat kontrak bernilai RM25.03 juta untuk mereka dan membangunkan aplikasi perisian serta perkakasan membabitkan subsidi petrol RON95.

Kontrak berkenaan diperolehi melalui anak syarikatnya, GHL Transact Sdn Bhd, daripada Kementerian Kewangan, katanya dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia di sini hari ini.

"Terma-terma kontrak adalah dipersetujui dan akan ditandatangani antara pihak-pihak yang terlibat," kata GHL Systems.

-BERNAMA

Berita Harian X