X
Khamis, 25 April 2019 | 1:15pm
PRESIDEN dan Ketua Pegawai Eksekutif MBSB Bank, Datuk Seri Ahmad Zaini Othman. - NSTP/Nik Hariff Hassan
PRESIDEN dan Ketua Pegawai Eksekutif MBSB Bank, Datuk Seri Ahmad Zaini Othman. - NSTP/Nik Hariff Hassan

MBSB Bank lancar kempen PrimeWin RM1,000,000 CASA-i

KUALA LUMPUR: MBSB Bank Bhd melancarkan kempen PrimeWin RM1,000,000 CASA-i, yang dibuka kepada semua pemegang simpanan dan akaun semasa bank berkenaan.

Kempen yang dianjurkan bersempena bersempena ulang tahun pertama bank itu, telah dilancarkan di sebuah hotel yang turut dihadiri kalangan pelanggan korporatnya.

Menerusi kempen sepanjang tahun yang berakhir pada 30 April 2020, PrimeWin RM1,000,000 CASA-merangkumi tiga peringkat cabutan hadiah setiap bulan dan suku tahunan dengan jumlah hadiah wang tunai mencecah RM2 juta.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif MBSB Bank, Datuk Seri Ahmad Zaini Othman, berkata kempen itu sebagai menghargai pelanggan bank itu.

"Kempen ini adalah peluang untuk kami memberi ganjaran kepada pelanggan sedia ada selain dapat menarik pelanggan baharu untuk menikmati pengalaman perbankan dengan MBSB Bank," katanya.

Selain itu, beliau berkata MBSB kini turut memiliki sebuah bangunan baharu di PJ Sentral di Petaling Jaya.

"Bangunan ini dibina dengan mengutamakan kepentingan pekerja kami. Bukan setakat status sebagai bangunan hijau, ia turut menekankan konsep tempat kerja berasaskan aktiviti, persekitaran kerja dengan ruang kerja kolaboratif dan kreatif serta membantu kepada penghasilan tenaga kerja yang produktif.

"Ia juga akan dilengkapi dengan ‘crèche’ iaitu kemudahan yang tidak banyak dilaksanakan oleh syarikat di Malaysia," katanya.

MBSB Bank yang sebelum ini dikenali sebagai Malaysia Building Society Bhd, menerima lesen perbankan tahun lepas susulan kejayaan pengambilalihan Asian Finance Bank dan kini bank Islam kedua terbesar di negara ini.

Bank itu turut meraih pengiktirafan seperti Anugerah Urus Niaga dan Penyelesaian Terbaik, Anugerah Liga Kecemerlangan, Anugerah Perbankan Terbaik, Anugerah Tawaran Ekuiti dan IPO Terbaik.

MBSB Bank juga telah memperkenalkan kad debit pertamanya, MBSB Bank Visa Debit Card-i yang boleh digunakan di semua 46 cawangan bank itu di seluruh negara.

-BERNAMA

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X