Selasa, 14 Mei 2019 | 5:31pm

Malaysia Airlines anjur promosi musim perayaan

KUALA LUMPUR: Malaysia Airlines sedang menganjurkan promosi istimewa '’Raya Switch-up and Business Deals’ bersempena musim perayaan dan percutian.

Promosi ‘Switch-up’ akan ditawarkan kepada penumpang yang pergi ke Kuala Lumpur dari Langkawi, Alor Setar, Kuala Terengganu, Kota Bharu dan Johor Bahru menerusi pakej semua dalam satu - ‘Economy Lite’ berharga RM99, dan dari Sabah dan Sarawak dengan pakej tambang sehala semua dalam satu masing-masing berharga RM149 dan RM199.

Bagi promosi ‘Business Deals’, diskaun sehingga 50 peratus akan ditawarkan kepada semua destinasi Malaysia Airlines dengan tambang bermula dari RM299 bagi perjalanan sehala ke destinasi domestik dan tambang pergi balik ke destinasi antarabangsa bermula dari RM1,999.

Tempoh perjalanan untuk promosi ‘Raya Switch-up’ sah dari 23 Mei hingga 10 Jun 2019, manakala ‘Business Deals’ bermula dari 15 Mei 2019 hingga 31 Mac 2020.

-BERNAMA

Berita Harian X