Khamis, 13 Jun 2019 | 1:50pm

Zensho Jepun beli The Chicken Rice Shop - Sumber

KUALA LUMPUR: Pengusaha restoran Jepun, Zensho Holdings Co Ltd bersetuju membeli rantaian restoran halal Malaysia, The Chicken Rice Shop (TCRS) membabitkan pertimbangan tunai sekitar RM220 juta (AS$52.86 juta).

Zensho mengumumkan pengambilalihan minggu lalu tetapi tidak mendedahkan harga belian.

Janji niaga itu meningkatkan kehadiran firma Jepun itu di Asia Tenggara, menambah operasi semasa di Malaysia serta Indonesia, Thailand dan Vietnam, kata sumber.

Dalam satu kenyataan 3 Jun, Zensho berkata ia merancang untuk mewujudkan sinergi dengan TCRS yang memiliki kira-kira 100 cawangan dan membuka restoran baharu.

Nomura adalah penasihat kewangan tunggal bagi Zensho berhubung janji niaga itu, kata sumber. - Reuters

Berita Harian X