Isnin, 17 Jun 2019 | 2:37pm
Ketua Pegawai Perkhidmatan Korporat Bank Rakyat, Datuk Syed Abdul Aziz Syed Hassan.

Syed Abdul Aziz dilantik ahli Majlis Eksekutif Bank Rakyat

KUALA LUMPUR: Bank Rakyat melantik Ketua Pegawai Perkhidmatan Korporatnya, Datuk Syed Abdul Aziz Syed Hassan sebagai ahli Majlis Eksekutif yang baharu, berkuat kuasa 28 Mei 2019.

Pengerusi Bank Rakyat, Datuk Noripah Kamso, berkata pelantikan berkenaan adalah

bagi menggantikan Ketua Pegawai Operasi (Perniagaan) Bank Rakyat, Datuk Amirudin

Abdul Halim yang sudah mula bercuti dan akan tamat tempoh perkhidmatannya pada 2

Julai ini.

“Pelantikan ini juga bertepatan dengan pengalaman luas yang dimiliki beliau dalam

perbankan korporat untuk bersama-sama mentadbir dan mengukuhkan urus tadbir

korporat Bank Rakyat,” katanya.

Selain Syed Abdul Aziz, majlis yang bersifat interim ini turut dianggotai oleh dua

orang pengurus kanan Bank Rakyat iaitu Ketua Pegawai Kewangan, Nor Haimee

Zakaria dan Ketua Pegawai Perbankan Perniagaan, Abdul Razak Abu Bakar.

Penubuhan Majlis Eksekutif telah dilaksanakan sejak 27 Februari

lalu bagi melaksanakan tugas Pengarah Urusan/Presiden sehingga lantikan baharu

diumumkan.

Majlis terbabit adalah bagi memastikan operasi Bank Rakyat berjalan seperti biasa dan terus menawarkan perkhidmatannya kepada pelanggan tanpa menjejaskan perniagaannya.

Berita Harian X