Rabu, 3 Julai 2019 | 8:16am

Atrium REIT beli tanah industri Selangor

KUALA LUMPUR: Pemegang amanah Atrium Real Estate Investment Trust (REIT), Pacific Trustees Bhd, menerima tawaran untuk membeli sebidang tanah perindustrian seluas 1.62 hektar di Shah Alam, Selangor pada harga RM45 juta.

Dalam kenyataan di Bursa Malaysia, Atrium REIT berkata surat tawaran daripada Permodalan Nasional Bhd itu adalah bagi tanah pajakan serta bangunan kilang setingkat dan kawasan sokongan.

Pembelian itu dijangka dibiayai menerusi gabungan dana dalaman, pinjaman bank dan hasil dikumpulkan daripada langkah pengumpulan dana yang akan dilaksanakan Atrium REIT.

“Pembelian ini sejajar matlamat pelaburan dan strategi pertumbuhan Atrium REIT untuk menyediakan pengagihan pendapatan stabil dan mencapai pertumbuhan jangka panjang bagi nilai aset bersih per unit kepada pemegang unit,” kata Atrium REIT. - BERNAMA

Berita Harian X