Jumaat, 26 Julai 2019 | 12:53pm

Kerjasama Fox diteruskan, saham Genting meningkat

KUALA LUMPUR: Genting Malaysia Bhd antara kaunter yang mencatatkan keuntungan tinggi dengan sahamnya meningkat 5.2 peratus susulan syarikat itu menandatangani perjanjian penyelesaian untuk menyelesaikan pertikaian dengan Twenty First Century Fox dan The Walt Disney Company.

Pada 11.38 pagi ini, sahamnya meningkat 19 sen kepada RM3.86 dengan 36.87 juta saham didagangkan.

Pada November 2018, Genting Malaysia memfailkan tindakan undang-undang di Mahkamah Daerah Amerika Syarikat (AS) terhadap defendan (Fox Entertainment Group, Twentieth Century Fox, Twenty First Century Fox dan The Walt Disney Company) kerana tidak mahu meneruskan perjanjian untuk membina taman tema Fox World yang pertama di Malaysia.

Genting Malaysia memohon ganti rugi lebih AS$1 bilion.

"Tetapi sebagai sebahagian daripada penyelesaian, pihak-pihak telah menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) Dinyatakan Semula yang memberikan lesen kepada Genting Malaysia untuk menggunakan harta intelek tertentu Fox.

"Berikutan sebelum ini kami telah mengurangkan anggaran ketibaan pelawat kami kepada tiga berikutan pengumuman prosiding undang-undang pada November 2018, kami kini menyemak semula anggaran kami berdasarkan penyelesaian penuh pertikaian itu," kata Public Investment Bank dalam kenyataan.

Ia menaikkan unjuran pendapatan syarikat itu bagi tahun kewangan 2020-2021 sebanyak lima hingga 11 peratus atas faktor peningkatan ketibaan pelawat sebanyak lima hingga peratus.

Firma penyelidikan itu menetapkan saranan "neutral" bagi saham dengan harga sasaran RM3.55.

-BERNAMA

Berita Harian X