Khamis, 5 September 2019 | 1:15pm
FWD Family First akan membayar 100 peratus daripada jumlah dilindungi jika salah seorang daripada ibu bapa yang dilindungi meninggal dunia semasa dalam tempoh perlindungan. - Foto hiasan

FWD Takaful tampil tiga pelan takaful menarik

KUALA LUMPUR: Mendapatkan pelan takaful yang tepat untuk seisi keluarga adalah penting bagi mengelakkan bebanan perangkap kewangan pada masa depan.

Menyedari keperluan itu, FWD Takaful Berhad (FWD Takaful) telah memperkenalkan tiga pelan takaful menarik, iaitu FWD Family First, FWD Future First dan FWD Invest First bagi memenuhi pelbagai keperluan pelanggan pada masa kini.

FWD Family First adalah pelan pertama di Malaysia yang memberi perlindungan penyakit kritikal untuk seisi keluarga dalam satu perlindungan sahaja.

Kini, pelanggan tidak perlu lagi membayar dan mengurus pelan individu untuk setiap ahli keluarga kerana ia fleksibel seiring dengan perubahan dalam keluarga dan boleh disesuaikan bagi memastikan setiap ahli keluarga sentiasa dilindungi.

Di bawah pelan ini, ia menyediakan perlindungan keseluruhan sehingga 250 peratus daripada jumlah yang dilindungi, termasuk melindungi 36 penyakit kritikal utama dan 20 penyakit kritikal ringan untuk keluarga dan menyediakan manfaat kematian untuk ibu bapa.

Jika berlaku sebarang perkara tidak diingini, pemilik sijil akan dibayar amaun paling rendah sama ada 100 peratus daripada jumlah dilindungi atau baki jumlah dilindungi keluarga.

FWD Family First akan membayar 100 peratus daripada jumlah dilindungi jika salah seorang daripada ibu bapa yang dilindungi meninggal dunia semasa dalam tempoh perlindungan.

Selain daripada itu, pelan ini juga akan mengecualikan semua sumbangan yang perlu dibayar dari tarikh kematian salah seorang daripada ibu bapa yang dilindungi dan sumbangan Takaful seterusnya akan dikecualikan secara automatik apabila pihak FWD Takaful membayar manfaat kematian.

FWD Takaful tidak mengguna pakai senarai klausa yang panjang lagi tersembunyi yang dapat menghalang pihaknya daripada membayar sebarang manfaat kepada pemegang sijil sekiranya berlaku penyakit kritikal.

Justeru, FWD Takaful hanya mengecualikan pembayaran manfaat kepada tiga kriteria iaitu - Bunuh diri atau kecederaan yang disengajakan ke atas diri sendiri; tindakan menyalahi undang-undang dan peperangan.

Di bawah pelan ini, anda juga tidak perlu bimbang kerana operasi takaful ini adalah berdasarkan kontrak Wakalah yang bertepatan dengan Syariah dan dipantau oleh jawatankuasa Syariah syarikat.

Sementara itu, FWD Future First, adalah pelan takaful pertama di Malaysia direka untuk memastikan orang tersayang dapat kembali berdikari dari segi emosi dan kewangan.

Di samping menyediakan bayaran sekali gus sekiranya berlaku kematian, hilang upaya atau penyakit terminal, pelan ini juga menawarkan pelbagai perkhidmatan sokongan.

Ini termasuk sesi bersama kaunselor kesedihan yang berkelayakan untuk memberi sokongan emosi dan juga nasihat undang-undang daripada pakar bebas.

Menerusi manfaat kematian, jumlah dilindungi akan dibayar sepenuhnya kepada penama pemegang sijil manakala bagi manfaat hilang upaya penuh dan kekal (HUPK), jumlah dilindungi akan dibayar secara penuh dan boleh digunakan untuk menampung kos penjagaan jangka panjang dan lain-lain.

Sementara itu bagi manfaat penyakit terminal (PT), jumlah dilindungi akan dibayar secara penuh dan boleh digunakan untuk menampung kos penjagaan hospital anda.

Ketiga-tiga manfaat ini disertakan bersama manfaat unik iaitu takaful pasangan, yang mana pasangan boleh menikmati pengecualian dari membuat sumbangan untuk dua tahun yang pertama dan boleh memohon sijil takaful yang baharu tanpa sebarang pengunderaitan dengan jumlah dilindungi sebanyak RM100,000 untuk tempoh dua tahun.

Di FWD Takaful, syarikat memahami apa yang berlaku kepada keluarga, apabila pasangan atau ibu bapa meninggal dunia atau hilang upaya secara menyeluruh.

Mereka hilang arah dan tidak mampu untuk meneruskan kehidupan, ini akan menjejaskan perancangan masa depan mereka.

FWD Future First menyediakan bantuan kewangan serta sokongan emosi dan praktikal bagi memastikan keluarga mampu kembali berdikari.

Di bawah pelan ini, bantuan ekosistem keluarga yang menyeluruh sangat penting di mana empat bantuan utama ditawarkan kepada ahli keluarga.

Antaranya adalah manfaat pengurusan pengebumian yang mana FWD Takaful akan membayar pendahuluan sebanyak 10 peratus daripada manfaat kematian untuk menampung perbelanjaan pengebumian dan perubatan orang dilindungi sebaik sahaja menerima sijil kematian.

Selain itu, pelan ini juga menawarkan khidmat kaunseling kesedihan; khidmat nasihat undang-undang dan sokongan Badal Haji untuk pelanggan Islam.

Seperti penyedia insurans dan pengendali takaful yang lain, terdapat situasi-situasi di mana syarikat tidak membayar sebarang manfaat.

Namun, FWD Takaful tidak membayar manfaat takaful sekiranya tuntutan yang dibuat berlaku akibat - bunuh diri atau kecederaan yang disengajakan ke atas diri sendiri; tindakan menyalahi undang-undang dan peperangan.

Di bawah pelan ini, anda juga tidak perlu bimbang kerana operasi takaful ini adalah berdasarkan kontrak Wakalah yang bertepatan dengan Syariah dan dipantau oleh jawatankuasa Syariah syarikat.

FWD Takaful turut memperkenalkan FWD Invest First, di mana terdapat tiga pelan diperkenalkan sebagai penyelesaian takaful berkaitan pelaburan yang fleksibel untuk membantu keperluan masa depan anda serta melindungi anda dan keluarga.

Tiga pelan itu ialah Education Plan, Wealth Plan dan Legacy Plan.

Education Plan adalah pelan berkaitan pelaburan yang membantu meningkatkan simpanan anda untuk masa depan anak-anak sambil melindungi kewangan anda.

Ia boleh diubah suai untuk kemudahan pendidikan anak-anak dengan mengeluarkan simpanan sekali gus atau berperingkat mengikut keperluan dan boleh menukar ke Wealth Plan atau Legacy Plan tanpa sebarang kesulitan.

Sementara itu, Wealth Plan membolehkan anda mengembangkan kekayaan anda dan pada masa sama memberi perlindungan takaful, sekiranya berlaku sesuatu yang tidak diingini kepada anda.

Perlindungan di bawah pelan ini boleh disesuaikan mengikut peringkat usia dan pemegang sijil boleh memilih pilihan dana yang lebih luas untuk melabur.

Legacy Plan pula adalah pelan berkaitan pelaburan yang boleh membantu anda memindahkan harta kepada yang tersayang melalui hibah jika kejadian yang tidak diingini berlaku, dan mengelakkan proses prmbahagian harta yang kompleks.

Pemegang sijil boleh memilih pilihan dana yang lebih luas untuk melabur dan meningkatkan perlindungan mengikut keperluan.

FWD Takaful adalah syarikat takaful pertama Kumpulan FWD (FWD). FWD yang ditubuhkan pada 2013 adalah cabang perniagaan insurans kumpulan pelaburan Pacific Century Group yang telah merentasi sembilan pasaran di Asia dan antara syarikat insurans paling pesat berkembang di rantau ini.

Bagi sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut mengenai FWD Family First, FWD Future First dan FWD Invest First, layari fwd.com.my atau hubungi talian 1300137988.

Berita Harian X