Rabu, 18 September 2019 | 12:52pm
Timbalan Pengerusi Huawei Technologies Co, Ken Hu.

Huawei pelawa rakan perniagaan bina cip, perisian

BEIJING: Huawei Technologies Co menawarkan AS$1.5 bilion (RM6.2 bilion) kepada rakan perniagaan yang berminat membina perisian bagi cip dan platform perkomputeran masa depan.

Tawaran itu menarik pemaju di seluruh dunia ketika Amerika Syarikat (AS) meningkatkan pemantauannya terhadap gergasi teknologi China itu.

Syarikat teknologi terbesar China berkenaan menyasarkan untuk melabur sebesar itu dalam program pemaju sedia adanya dalam tempoh lima tahun akan datang, kata Timbalan Pengerusinya, Ken Hu pada satu persidangan pelanggan tahunan.

Program itu dilaksanakan bagi menggalakkan pihak luar membina aplikasi untuk perkhidmatan Huawei, termasuk kemungkinan bagi telefon pintar yang mengguna perisiannya sendiri, HarmonyOS.

Huawei mempercepatkan capaian luarnya itu ketika pentadbiran Donald Trump mengenakan sekatan ke atas penjualan teknologi AS dan menggalakkan sekutunya untuk menamatkan hubungan dengan syarikat China.

Huawei, yang berulang kali menafikan dakwaan Washington ia mengancam keselamatan AS berkata, ia berhasrat memimpin bidang termaju seperti cip dan perisian kepintaran buatan.

Ia kini sedang membangunkan alternatif kepada teknologi AS bagi membantu melindungi rangkaian perniagaan terbesar di dunia.

Firma itu juga merancang membina asas rakan pemajunya kepada lima juta syarikat, kata Hu.

-Bloomberg

Berita Harian X