Rabu, 6 November 2019 | 8:37pm
MITRAJAYA Holdings Bhd

Mitrajaya dapat kontrak RM137 juta bina kondominium

KUALA LUMPUR: Anak syarikat Mitrajaya Holdings Bhd, Pembinaan Mitrajaya Sdn Bhd, mendapat kontrak bernilai RM137 juta membabitkan pembangunan sebuah kondominium berketinggian 37 tingkat di Mont' Kiara.

Kontrak selama 30 bulan daripada tarikh perolehan tapak pada 30 Disember itu, diperolehi daripada Milik Harta Sdn Bhd, yang juga anggota UEM Group.

"Kontrak ini dijangka memberi sumbangan positif kepada pendapatan dan aset bersih kumpulan bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2020 hingga 30 Jun 2022," katanya dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

-BERNAMA

Berita Harian X